• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

PM Umum Elaun Sara Hidup Pelajar Dinaikkan Susulan Peningkatan Kos Sara Hidup

Oleh
ILB - AI
10 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Elaun Sara Hidup bagi pelajar tajaan MARA dinaikkan pada kadar baharu.

PM Umum Elaun Sara Hidup Pelajar Dinaikkan Susulan Peningkatan Kos Sara Hidup. Elaun Sara Hidup (ESH) bagi 62,998 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam dan luar negara dinaikkan umum Perdana Menteri.

Ismail Sabri berkata ia susulan peningkatan kos sara hidup serta kekangan kewangan ibu bapa pelajar khususnya kumpulan B40.

Jelasnya pelajar sedia ada dan baharu bagi yang mengikuti pengajian dalam negara, Kadar Elaun Sara Hidup akan diseragamkan kepada satu kadar sahaja mengikut peringkat pengajian.

PM Umum Elaun Sara Hidup Pelajar Dinaikkan Susulan Peningkatan Kos Sara Hidup
PM Umum Elaun Sara Hidup Pelajar Dinaikkan Susulan Peningkatan Kos Sara Hidup

Elaun Sara Hidup dinaikkan pada kadar baharu

Untuk peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah akan dinaikkan kepada satu kadar sahaja, iaitu kadar minimum adalah RM650 sebulan sehingga maksima RM950 sebulan.

Ujar Perdana Menteri itu lagi, terdapat dua kadar iaitu kadar A dan B setelah kadar ESH diseragamkan bagi pelajar sedia ada dan baharu bagi yang mengikuti pengajian luar di semua negara.

Bermula dari peringkat pengajian Sarjana Muda sehingga peringkat Doktor Falsafah, kadar tersebut dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sebulan sehingga maksima RM7,600 sebulan.

PM Umum Elaun Sara Hidup Pelajar Dinaikkan Susulan Peningkatan Kos Sara Hidup
Gambar Hiasan. kredit foto: Berita Harian

Sebelum ini, untuk peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah kadar ESH pelajar dalam negara adalah berdasarkan Kadar A bagi kawasan bandar besar dan Kadar B bagi kawasan luar bandar iaitu minimum RM535 hingga maksimum RM885 sebulan.

Manakala elaun bagi pelajar luar negara pula diseragamkan kepada Kadar A dan B sahaja, termasuk pelajar di Amerika Syarikat, yang mana kadar C dimansuhkan.

Terdahulu, kadar ESH pelajar luar negara adalah antara RM1,200 hingga RM5,712 sebulan.

PM Umum Elaun Sara Hidup Pelajar Dinaikkan Susulan Peningkatan Kos Sara Hidup
Gambar Hiasan

Dalam situasi global yang memberi kesan kepada kenaikan kos sara hidup, pelajar terpaksa merancang perbelanjaan bagi memastikan pembelajaran tidak terjejas dengan cara perbelanjaan berhemah dan ikat perut.

Dengan kenaikan Elaun Sara Hidup pelajar ini, beban pelajar dan juga keluarga dapat diringankan agar pelajar dan tidak lagi perlu untuk mengikat perut untuk mengurus perbelanjaan.

Lagi cerita menarik di sini:

Berusia Puluhan Ribu Tahun, Bukti Pembedahan Kaki Masa Lampau Ditemui Di Borneo
Lagi Tarikan Baharu, Batu Kapur Unik Berbentuk Kucing Ditemui Di Gua Niah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Alan Walker Tiba Di Kuching, Persembahan Yang Ditunggu Malam Kemuncak Borneo Music Festival
Next Article Cabar Diri Makan Ulat Sagu Mentah, Tindakan Minah Salleh Ini Dipuji Netizen Cabar Diri Makan Ulat Sagu Mentah, Netizen Kagum Dengan Keberanian Minah Salleh Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?