• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Kesan Lelaki Rakam Video Dalam Tandas Wanita Di Kota Kinabalu

Oleh
Farisha
17 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kes ‘skodeng’ wanita di tandas pusat beli-belah

Polis Kesan Lelaki Rakam Video Dalam Tandas Wanita Di Kota Kinabalu. Pihak polis sedang berusaha mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes merakam gambar atau mengambil video seorang wanita di tandas sebuah pusat membeli-belah pada hari Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah menyatakan bahawa pihaknya menerima laporan berhubung kes mencabul kehormatan daripada seorang pengadu pada hari Rabu.

Polis Kesan Lelaki Rakam Video Dalam Tandas Wanita Di Kota Kinabalu
Polis Kesan Lelaki Rakam Video Dalam Tandas Wanita Di Kota Kinabalu

Pengadu terkejut melihat telefon bimbit di bawah pintu tandas

Beliau menjelaskan, kejadian tersebut berlaku pada pukul 8.40 malam apabila pengadu menyedari terdapat individu tidak dikenali sedang memegang telefon bimbit di bawah pintu tandas dan disyaki merakam gambar atau video perbuatan pengadu.

“Berdasarkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an, berbaju hitam, berseluar coklat, bermisai serta berjanggut nipis selain memakai selipar,” tambah Mohd Zaidi menurut laporan.

Beliau menyeru orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan lelaki dalam rakaman CCTV tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Wan Azman Mat Salleh di talian 012-8260050 bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi, Ini 3 Cara Untuk Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel
Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi Di Homestay, Lelaki 20 Tahun Dicekup
SUMBER :Sinar Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Dari Sandakan Kongsi Terlepas Flight Gara-Gara Tersalah Lihat Masa Penerbangan Pelajar Dari Sandakan Kongsi Terlepas Flight Gara-Gara Tersalah Lihat Masa Penerbangan
Next Article Permohonan Gerai Pesta Makanan Kuching Festival 2024 Bakal Ditutup Minggu Ini Permohonan Gerai Pesta Makanan Kuching Festival 2024 Bakal Ditutup Minggu Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?