I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SJK Chung Hua Matu Berjaya Anjur Majlis Tadarus Al-Quran Buat Julung Kali

Oleh Aina Musa
8 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
SJK Chung Hua Matu Berjaya Anjur Majlis Tadarus Al-Quran Buat Julung Kali

Syabas buat warga SJK Chua Hua Matu

SJK Chung Hua Matu Berjaya Anjur Majlis Tadarus Al-Quran Buat Julung Kali. SJK Chung Hua Matu telah mengadakan majlis bacaan Al-Quran buat pertama kali pada hari Selasa yang lalu. Majlis ini diadakan untuk menandakan tamatnya sesi persekolahan 2023 yang telah pun berakhir. Ia juga menandakan berakhirnya sesi pembelajaran kelas Kafa 2023.

Seramai 22 orang pelajar, bersama-sama dengan Ahli Parlimen Igan, YB Ahmad Johnie Zawawi, menunggang motosikal hiasan (tandu) yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam SJK Chung Hua Matu, Ustaz Zulhelmi Borhan.

SJK Chung Hua Matu Berjaya Anjur Majlis Tadarus Al-Quran Buat Julung Kali. Kredit foto: Facebook

Ahmad Johnie, yang merasmikan majlis pembukaan itu, berkata penguasaan Al-Quran memerlukan kehadiran guru bagi memastikan kitab suci itu dibaca dengan betul. Selain itu, katanya ilmu Al-Quran adalah pendidikan berterusan yang meliputi semua aspek kehidupan.

Beliau berasa bangga apabila sebuah sekolah jenis kebangsaan menganjurkan majlis Tadarus Al-Quran secara besar-besaran dengan penyertaan semua warga sekolah termasuk ibu bapa dan guru dari pelbagai latar belakang etnik dan agama.

Ini membuktikan semangat perpaduan dan persaudaraan masih subur dalam masyarakat kita, katanya.

Menurut Ahmad Johnie, pelaksanaan program seperti ini amat penting untuk memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Beliau sangat menyokong penganjuran aktiviti sedemikian dan bersedia memberi apa juga bantuan untuk menjayakan program serupa pada masa akan datang.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah, Datuk Nasaruddin Abdullah, Guru Besar, Encik Kong Sing Nguong, Ustazah Roha Musa mewakili Pejabat Pendidikan Daerah, Ustaz Azizan Ajiji dari Pejabat JAIS Daerah serta Ustaz Al-Hafiq Abdul Rahman dari Pejabat Baitulmal Daerah.

Baca lagi artikel menarik:

Majlis Khatamal Quran SK St Thomas Berlangsung Dengan Jayanya Di Hotel Merdeka Palace
Anggap Isu Khatam Al-Quran Selesai, Uskup Anglikan Nafi Pihak Sekolah Prejudis
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Sejarah Wisma Pelita Tunku, Pusat Beli Belah Yang Tertua Di Miri Ketahui Sejarah Wisma Pelita Tunku, Pusat Beli Belah Yang Tertua Di Miri
Next Article Kenali Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Zaman 90an Kenali Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Zaman 90an

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?