• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Sahkan Dakwaan Taib Dikeluarkan Dari ICU Tanpa Nasihat Perubatan

Oleh
Nazihah AN
5 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Laporan Polis Tular, Dakwa Raghad Keluarkan Taib Dari ICU Tanpa Nasihat Perubatan

Bekas TYT Sarawak telah menerima rawatan di Normah Medical Specialist Centre

Polis Sahkan Dakwaan Taib Dikeluarkan Dari ICU Tanpa Nasihat Perubatan. Polis Sarawak kini sedang menyiasat laporan bahawa bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud telah dibawa keluar dari sebuah hospital di sini tanpa mendapat nasihat perubatan.

Dipetik dari media tempatan, Ketua Polis Negeri, Datuk Mancha Ata mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu.

Polis Sahkan Dakwaan Raghad Keluarkan Taib Dari ICU Tanpa Nasihat Perubatan

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada hari Isnin (5 Feb). Seksyen 336 meliputi tindakan yang cuai atau tidak berhati-hati yang membahayakan nyawa manusia atau keselamatan diri.

Sebelum ini telah tular tangkap layar laporan polis di media sosial, di mana terdapat dakwaan bahawa isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Raghad, telah membawa suaminya keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) di Normah Medical Specialist Centre tanpa mendapat nasihat perubatan.

Menurut laporan polis tersebut, Raghad telah bertindak secara sukarela dengan menanggalkan semua ubat-ubatan yang disambungkan kepada Tun Abdul Taib Mahmud tanpa memberitahu kakitangan ICU yang bertugas.

Tindakannya itu boleh membahayakan kesihatan Tun Taib.

Tun Taib kemudian dibawa oleh pembantu dan pengawal peribadi Raghad dengan menggunakan kerusi roda dan dimasukkan ke dalam sebuah kereta Alphard berwarna hitam di pintu masuk utama hospital.

Laporan polis itu juga menyatakan bahawa doktor-doktor yang bertugas telah cuba menjelaskan kepada Raghad bahawa tindakannya itu boleh membahayakan kesihatan Tun Taib.

Laporan tersebut telah dibuat oleh doktor yang bertugas itu sendiri pada malam kejadian tersebut.

Polis Sahkan Dakwaan Raghad Keluarkan Taib Dari ICU Tanpa Nasihat Perubatan

Datuk Mancha juga menasihati orang ramai supaya tidak berspekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai perkara itu. Beliau berkata mereka yang menyebarkan berita palsu boleh menghadapi tindakan fitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atau penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Raghad Mahu Firma Guaman Baru Tangani Kes Disaman Anak Taib
Astana Negeri Buat Laporan Polis Berhubung Komen Netizen Ke Atas Raghad Taib
SUMBER :The StarSarawak Report
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu
Next Article Sempena Tahun Baru Cina, Nikmati Menu Istimewa Burger King Untuk Berpeluang Menangi Emas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?