• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu

Oleh
Ismail NA
5 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu

Kalau dah sampai atas, memang rasa berbaloi!

Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu. Beriadah ke Bukit Gondol di Lundu merupakan pengalaman yang menarik dan pastinya tidak dapat dilupakan. Dalam artikel kali ini, kami ingin menceritakan kepada anda tentang cara untuk mengakses bukit dengan pemandangan indah ini.

Terletak 2 jam dari bandar Kuching, Bukit Gondol terletak di pesisiran pantai berdekatan Kampung Pugu, Lundu. Jika anda bertolak dari Kuching kira-kira 6.30 pagi, anda akan tiba di persimpangan Lundu dan Sematan sekitar jam 8.40 pagi.

Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu

Dengan ketinggian kira-kira 100 m, Bukit Gondol ialah tempat yang mudah didaki bagi yang masih baru dalam hiking. Masa mendaki adalah kira-kira 2 jam, termasuk berswafoto (perkara paling penting) dan turun dari bukit.

Bagi sesiapa yang ingin mencari tempat hiking yang baru atau mula berjinak-jinak dengan aktiviti hiking, kami cadangkan anda untuk menjejaki Bukit Gondol ini.

Bagi anda yang ingin ke Bukit Gondol, inilah persediaan yang perlu sebelum pendakian:

Barang-barang untuk dibawa:

  • Salinan pakaian
  • Selipar
  • Air 1-2 liter
  • Tuala, topi atau bandana (untuk melindungi rambut dan leher dari cahaya matahari)
  • Makanan ringan (biskut, roti dan lain-lain)
  • Sunblock

Cara ke Bukit Gondol:

  1. Masukkan koordinat lokasi: 1.7892920, 109.8313210
  2. Letakkan kenderaan anda di tepi jalan utama.
Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu

Nota: Jika anda menyimpang terlalu jauh, anda akan melalui selekoh ke kiri dan seterusnya tiba di Permata Pugu Camping Site di sebelah kanan anda.

  1. Untuk mengakses Bukit Gondol, ikuti jalan seperti di bawah menuju ke pesisiran pantai dan belok kanan ke Bukit Gondol. (Amaran: Ada banyak nyamuk di sepanjang pantai!)
Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu

Inilah pesisiran pantai menuju ke Bukit Gondol. Anda perlu melalui kawasan ini terlebih dahulu sebelum tiba ke checkpoint pertama pendakian. Rilek lu, jalan tepi pantai sambil bercanda bersama rakan. Ewah!

Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu
  1. Terdapat beberapa trek mendaki bukit. Terdapat satu trek yang mudah untuk mendaki dan menuruni bukit. Jalan masuk ke trek itu ialah berdekatan dengan longgokan kayu putih di bahagian kanan Bukit Gondol seperti ini:

Bergantung pada tahap fizikal anda, pendakian ke puncak memakan masa selama 1 jam.

Setelah berhempas pulas mendaki Bukit Gondol, anda akan pasti berasa usaha anda berbaloi apabila tiba di puncak. Di sini, anda dapat menikmati pemandangan 360 darjah yang amat indah.

Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu
Kredit foto: FB Ismail bin Roslan
Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu
Kredit foto: FB Ismail bin Roslan
Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu
Kredit foto: FB Ismail bin Roslan
Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu
Kredit foto: FB Ismail bin Roslan
Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu
Panduan Ke Bukit Gondol, Port Terbaik Pemandangan Laut 360 Darjah Di Lundu. Kredit foto: FB Ismail bin Roslan

Ada juga yang bermalam di sini untuk berkhemah dan melakukan aktiviti ‘ngantong hammock’. Kawasan ini agak jauh dari kawasan perumahan, jadi pada malam yang tiada langit, Bukit Gondol sesuai untuk aktiviti star-gazing.

Peringatan:

Kami mengesyorkan anda bertolak dari Kuching seawal mungkin kerana cuaca yang panas terik di puncak Bukit Gondol boleh menyebabkan anda sunburn dan dehidrasi. Selain itu, cuba semak juga pasang surut air sebelum ke sana kerana ada kawasan yang tidak dapat dilalui sekiranya anda lewat turun atau pergi ke sana.

Jika anda ingin bermalam di kawasan berdekatan dengan Bukit Gondol, bolehlah anda bermalam di Permata Pugu Camping Site:

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Digelar Manchar Tengah, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Elak Wang Lesap, Ini 5 Tempat Selamat Menabung Selain Simpan Dalam Bank
Next Article Laporan Polis Tular, Dakwa Raghad Keluarkan Taib Dari ICU Tanpa Nasihat Perubatan Polis Sahkan Dakwaan Taib Dikeluarkan Dari ICU Tanpa Nasihat Perubatan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?