• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Sarawak Rampas Kapal Tangki Dan 300,000 liter Diesel Di Tanjung Jerijeh

Oleh
Aina Musa
1 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Polis Sarawak Rampas Kapal Tangki Dan 300,000 liter Diesel Di Tanjung Jerijeh

Sindiket seludup diesel akhirnya tumpas

Polis Sarawak Rampas Kapal Tangki Dan 300,000 liter Diesel Di Tanjung Jerijeh. Polis Marin Sarawak Wilayah 5 merampas sebuah kapal tangki dan 300,000 liter diesel di Tanjung Jerijeh, Batang Rajang pada 28 Feb.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata nilai keseluruhan rampasan dan kompaun ialah RM17,310,000.

Polis Sarawak Rampas Kapal Tangki Dan 300,000 liter Diesel Di Tanjung Jerijeh. Sumber: The Borneo Post

Beliau berkata sekitar jam 1.45 tengah hari, Komander Polis Marin Sarawak 5 Wilayah ACP Ab Rahman Mat Hasan mengesahkan bot peronda RIB 4 PPM W5 Sibu telah menahan dan memeriksa sebuah kapal tangki di Tanjung Jerijih, Batang Rajang.

“Setelah diperiksa, didapati kapal tangki itu membawa diesel di dalam tangki simpanan minyak.

“Anggaran 300,000 liter diesel didapati tanpa sebarang dokumen atau permit yang sah untuk memiliki/menyimpan/membawa barang kawalan atau sebarang permit khas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Ia juga didapati tanpa sebarang dokumen untuk pelepasan pelabuhan daripada Jabatan Kastam,” katanya.

Mancha berkata polis turut menahan sembilan warga asing berusia antara 21 dan 76 tahun.

Kesemua barang rampasan kemudiannya diserahkan kepada KPDN Mukah dan Jabatan Kastam Tanjung Manis untuk siasatan lanjut.

Baca lagi artikel menarik:

Mayat Lelaki Disyaki Warga Asing Ditemui Terdampar Di Pantai Jebungan Mukah

V

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ordinan Buruh Sarawak Dan Sabah Bakal Diselaraskan Dengan Akta Kerja Persekutuan Ordinan Buruh Sarawak Dan Sabah Bakal Diselaraskan Dengan Akta Kerja Persekutuan
Next Article Presiden Indonesia Jokowi Bakal Mula Bekerja Dari Ibu Kota Baharu Nusantara Pada Bulan Julai Presiden Indonesia Jokowi Bakal Mula Bekerja Dari Ibu Kota Baharu Nusantara Pada Bulan Julai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?