• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Sarawak Lancar ‘Op Lancar’ Sempena Perayaan Gawai Dayak

Oleh
Farisha
24 Mei 2024
Kongsi
1 Min Bacaan

‘Op Lancar’ akan dilakukan dari 30 Mei hingga 4 Jun

Polis Sarawak Lancar ‘Op Lancar’ Sempena Perayaan Gawai Dayak. Polis Sarawak akan melancarkan ‘Operasi Lancar’ di seluruh negeri dari 30 Mei hingga 4 Jun sempena Perayaan Gawai Dayak.

Menurut laporan dalam satu kenyataan hari ini, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata kira-kira 400 pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak akan dikerahkan untuk operasi enam hari itu bagi memastikan pergerakan trafik lancar.

Polis Sarawak Lancar 'Op Lancar' Sempena Perayaan Gawai Dayak
Polis Sarawak Lancar ‘Op Lancar’ Sempena Perayaan Gawai Dayak

“Fokus akan diberikan kepada jalan persekutuan, Negeri dan bandar, terutamanya di kawasan kemalangan kerap berlaku, termasuk di lokasi strategik yang sering mengalami kesesakan lalu lintas,” katanya.

PDRM Sarawak nasihat orang ramai untuk mematuhi peraturan jalan raya

Beliau menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas dan mengikut arahan yang diberikan oleh pegawai penguatkuasaan bertugas sepanjang tempoh operasi.

Beliau juga memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati melanggar peraturan lalu lintas.

Sementara itu, Mancha mengingatkan orang ramai yang pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan supaya memaklumkan kepada balai polis tempatan supaya rondaan dapat dilakukan ke kawasan perumahan mereka.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 12 Kubur Di Dua Perkuburan Iban Di Song Rosak Akibat Diceroboh 12 Kubur Di Dua Perkuburan Iban Di Song Rosak Akibat Diceroboh
Next Article Lelaki Dari Lundu Dipenjara 10 tahun Dan 3 Sebatan Kerana Merogol Kanak-Kanak Bawah Umur Lelaki Dari Lundu Dipenjara 10 tahun Dan 3 Sebatan Kerana Merogol Kanak-Kanak Bawah Umur

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?