• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

12 Kubur Di Dua Perkuburan Iban Di Song Rosak Akibat Diceroboh

Oleh
Aina Musa
24 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
12 Kubur Di Dua Perkuburan Iban Di Song Rosak Akibat Diceroboh

12 kubur Iban jadi mangsa vandalisme

12 Kubur Di Dua Perkuburan Iban Di Song Rosak Akibat Diceroboh. Sebanyak 12 kubur lama dan baharu di dua perkuburan Iban di Nanga Engkabau dan Nanga Serian, Sungai Iran di Song rosak akibat perbuatan laku musnah individu yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Song DSP Rowney Michael Jalak berkata, pihaknya menerima sebanyak dua laporan polis berasingan berhubung kejadian tersebut pada Rabu.

12 Kubur Di Dua Perkuburan Iban Di Song Rosak Akibat Diceroboh. Sumber: Dayak Daily

Katanya, laporan pertama diterima daripada seorang petani lelaki berusia 73 tahun dari Rumah Delok, Sungai Engkabau pada jam 9.34 pagi, manakala laporan kedua dibuat oleh seorang pengadu berusia 70 tahun dari Rumah Jamba, Nanga Iran pada jam 3.53 petang.

“Insiden kes pertama di Perkuburan Iban, Nanga Engkabau disedari oleh pengadu sekitar jam 6 pagi pada 20 Mei lalu.

“Terdapat enam kubur telah diceroboh termasuk empat kubur wanita dan dua kubur lelaki yang telah digali dengan kesan lubang dan serpihan simen pecah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes kedua di Perkuburan Iban Nanga Serian, Sungai Iran yang telah wujud sejak 1940-an turut melibatkan enam kubur mengalami kerosakan.

“Sebanyak enam kubur (lima kubur wanita dan sebuah kubur lelaki) turut mengalami kerosakan di lokasi kes kedua di mana terdapat kesan tebukan pada bahagian tepi, kaki dan kepala kubur dan serpihan simen yang dipecahkan,” jelasnya.  

Menurut Rowney, anggaran kerugian tidak dapat dipastikan kerana waris tidak dapat mengesahkan barangan yang hilang dan hanya struktur kubur yang dipecahkan di kedua-dua perkuburan berkenaan.
  
Katanya, dua kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pencerobohan di tempat perkuburan.

Justeru, beliau menasihatkan penduduk yang menggunakan dua perkuburan tersebut untuk menubuhkan Jawatankuasa Perkuburan agar keselamatan kawasan perkuburan mereka terpilihara dengan lebih baik.

“Memandangkan kedua-dua perkuburan tersebut masing-masing dikongsikan oleh penduduk empat hingga lima rumah panjang, mereka boleh secara bergilir-gilir menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan di situ,” tambah Rowney.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bangkai Anak Ikan Dolphin Ditemui Terdampar Di Pantai Lundu
Next Article Polis Sarawak Lancar ‘Op Lancar’ Sempena Perayaan Gawai Dayak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?