• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Tumpas Sindiket Edar Dadah Guna Tong Gas Di Miri

Oleh
Aina Musa
19 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Polis Tumpas Sindiket Edar Dadah Guna Tong Gas Di Miri

Sepandai-pandai tupai melompat

Polis Tumpas Sindiket Edar Dadah Guna Tong Gas Di Miri. Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Miri telah merampas dadah jenis syabu beratnya kira-kira 21.7 kilogram pada 17 Mac yang lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Khaw Kok Chin, menyatakan bahawa dadah tersebut yang dianggarkan bernilai lebih RM700,000 telah dirampas dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Miri.

Polis Tumpas Sindiket Edar Dadah Guna Tong Gas Di Miri. Kredit: Dayak Daily

Beliau menyatakan bahawa enam suspek termasuk dua wanita berusia antara 28 hingga 50 tahun telah ditangkap dalam operasi tersebut. “Dalam operasi ini, BSJN telah merampas dadah jenis syabu seberat 21,700 gram yang dianggarkan bernilai RM716,100.

“Modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini adalah mendapatkan bekalan dadah dari Semenanjung Malaysia dan mengubahsuai tong gas serta memasukkan dadah ke dalamnya untuk dihantar ke lokasi lain,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Dedah beliau, dipercayai tong gas yang berisi dadah tersebut akan dihantar ke negara jiran. Kesemua dadah tersebut dirampas dan keenam suspek juga ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Turut dirampas daripada suspek ialah wang tunai berjumlah RM52,000, barang kemas, dan empat buah kenderaan dengan nilai rampasan keseluruhan termasuk dadah mencecah RM1.02 juta.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan. “JSJN berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka dan maklumat boleh disalurkan melalui talian 012-2087222,” katanya. Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata.

Baca lagi artikel menarik:

Guna Paket Teh Kabur Mata Polis, Syabu Bernilai RM1.5 juta Berjaya Dirampas Di Kuching
2 Lelaki Diperintah Berkelakuan Baik Gara-Gara Bergaduh Alih Kotak Gelandangan Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sibu Turut Anjur Buka Puasa Ala Piknik Di Dataran Tuanku Bujang Fasa 1 Sibu Turut Anjur Buka Puasa Ala Piknik Di Dataran Tuanku Bujang Fasa 1
Next Article Impian Mengangkat What About Kuching Setaraf Edinburgh Festival Fringe

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?