• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guna Paket Teh Kabur Mata Polis, Syabu Bernilai RM1.5 juta Berjaya Dirampas Di Kuching

Oleh
Aina Musa
18 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Guna Paket Teh Kabur Mata Polis, Syabu Bernilai RM1.5 juta Berjaya Dirampas Di Kuching

Syabas buat pihak Kastam Sarawak

Guna Paket Teh Kabur Mata Polis, Syabu Bernilai RM1.5 juta Berjaya Dirampas Di Kuching. Sindiket penyeludupan dadah menggunakan taktik baru dengan membungkus dadah dalam peket teh dan menyembunyikannya dalam bungkusan pakaian terpakai. Taktik ini berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak dengan tangkapan sebanyak 46 kilogram methamphetamine atau syabu bernilai lebih RM1.5 juta.

Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya, menyatakan bahawa modus operandi tersebut telah dikesan dan seorang ahli sindiket telah ditangkap pada 6 Mac lalu. Dadah-dadah itu ditemui disembunyikan dalam empat bungkusan pakaian terpakai yang diletakkan di ruang tamu rumah tersebut.

Guna Paket Teh Kabur Mata Polis, Syabu Bernilai RM1.5 juta Berjaya Dirampas Di Kuching.

Norizan menegaskan bahawa seramai lebih 450,000 orang dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah berdasarkan jumlah dadah yang dirampas.

Ditambahkannya, suspek yang ditangkap bertanggungjawab atas agihan dan penghantaran dadah kepada pelanggan di sekitar bandar raya. Sindiket ini dipercayai telah beroperasi selama beberapa bulan. Suspek telah diletakkan di bawah tahanan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Norizan menambah, pihaknya sedang berusaha mengesan individu lain yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes penyeludupan dadah ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan hukuman boleh termasuk hukuman gantung sampai mati.

Tangkapan ini merupakan yang terbesar pada tahun ini setakat ini, selepas dua kes yang telah ditumpaskan pada bulan Januari lalu. Pada Januari, seorang lelaki ditangkap di Lapangan Terbang Sibu dengan membawa 15 kilogram syabu. Manakala tangkapan kedua pada 31 Januari lalu di Lapangan Terbang Miri dengan rampasan syabu sebanyak 15 kilogram.

Dari Januari hingga 12 Mac 2024, rampasan dadah yang direkodkan adalah sebanyak 87.8 kilogram pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2.5 juta.

Baca lagi artikel menarik:

2 Lelaki Diperintah Berkelakuan Baik Gara-Gara Bergaduh Alih Kotak Gelandangan Di Kuching
Remaja Lelaki Serah Diri Setelah Buat Provokasi Di Jalan Demak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak
Next Article Unimas Bakal Tawar Program Ijazah Bahasa Iban Bagi Atasi Isu Kekurangan Guru Unimas Bakal Tawar Program Ijazah Bahasa Iban Bagi Atasi Isu Kekurangan Guru

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?