• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Port Makan Best Di Lundu, Dapur Pandan Ini Sediakan Pelbagai Sajian Menarik Untuk Anda

Oleh
Husna Hazmi
17 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tempat makan di Lundu untuk anda.

Port Makan Best Di Lundu, Dapur Pandan Ini Sediakan Pelbagai Sajian Menarik Untuk Anda. Salah satu destinasi percutian menarik tidak jauh daripada Bandaraya Kuching, Daerah Lundu adalah salah satu tempat yang sering dikunjungi ramai.

Lundu memang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya dan disinilah terletaknya Gunung Gading National Park, Bukit Gondol, Family Hideout Lundu, Permata Pugu Camping Site, Rafflesia Resort dan banyak lagi. Ini membuatkan Lundu menjadi destinasi sesuai buat sesiapa yang mencari percutian singkat yang menenangkan.

Port Makan Best Di Lundu, Dapur Pandan Ini Sediakan Pelbagai Sajian Menarik Untuk Anda
Port Makan Best Di Lundu, Dapur Pandan Ini Sediakan Pelbagai Sajian Menarik Untuk Anda. Kredit: FB Afrina Hairel

Menu yang anda boleh cuba di sini

Jika anda singgah ke Lundu untuk menikmati keindahan alam semula jadi di sini, anda perlu cuba satu tempat makan istimewa kegemaran penduduk lokal di sini.

Dapur Pandan yang terletak di Kampung Pandan Lundu ini menyediakan pelbagai jenis makanan menarik untuk anda. Antara menu yang anda boleh cuba di sini adalah, Nasi Ayam Geprek, Mee Goreng, Mee Hailam, Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Kampung dan banyak lagi menu menarik yang lain.

Port Makan Best Di Lundu, Dapur Pandan Ini Sediakan Pelbagai Sajian Menarik Untuk Anda
Kredit: FB Afrina Hairel

Untuk harga makanannya pula, anda tak perlu risau kerana makanan di sini memang berpatutan dan amat berbaloi! Suasana di sini juga santai saja, sesuai untuk anda bawa keluarga, rakan-rakan dan juga orang tersayang.

Jadi tunggu apa lagi, jika anda berpeluang untuk singgah di Lundu, anda tak perlu dah nak risau makan mana, singgah saja di Dapur Pandan ini!

Lagi tempat menarik di Lundu untuk anda terokai:

https://www.iloveborneo.my/permata-pugu-camping-site-port-berkhemah-yang-selesa-di-tepi-pantai-pugu/
Rafflesia Resort, Hidden Gem Di Lundu Yang Menawarkan Percutian Tenang Dan Santai
SUMBER : FB Afrina Hairel
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Sabah Ini 'Checkin' Lokasi Semasa Lepak, Ditegur Pengurusan Kerana Bukan Tetamu Dan Bising Lelaki Sabah Ini ‘Checkin’ Lokasi Semasa Lepak, Ditegur Pengurusan Kerana Bukan Tetamu Dan Bising
Next Article Sarawak Bakal Keluarkan Produk 'Corned Beef' Dalam Tin Dibawah Jenama Sarabif Sarawak Bakal Keluarkan Produk ‘Corned Beef’ Dalam Tin Dibawah Jenama Sarabif

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?