• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu

Oleh
Ismail NA
20 Januari 2024
Kongsi
6 Min Bacaan

Siapa ada plan nak ke Lundu minggu ini? Boleh try usha tempat penginapan ini.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu. Selain menginap di hotel di kawasan bandar, anda sebenarnya boleh menginap di rumah inap yang selesa. Tambahan pula, rumah inap selalunya mempunyai nilai tambah seperti pemandangan yang cantik serta kemudahan yang mencukupi.

Bagi anda yang sedang mencari penginapan seperti ini, Airbnb mempunyai senarai penginapan yang steady seluruh dunia termasuk lah di Lundu, Sarawak. Walau pun nama tempat penginapan ini jarang didengar, rating daripada pengunjung yang pernah menginap di sini adalah tinggi. Review mereka juga bagus-bagus belaka.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Mercu tanda Lundu.

Jadi, apa kata anda baca sedikit info yang kami sediakan ini sebelum membuat tempahan di laman Airbnb. Ayuh!

1. Siar Tranquil

Berkonsepkan rumah inap separuh kaca, Siar Tranquil ini merupakan lokasi penginapan yang sempurna untuk getaway anda. Anda boleh bersantai di luar rumah sambil menikmati pemandangan Laut China Selatan diselangi deruan ombak yang menenangkan.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb 'Highly Recommended' Di Lundu

Bukan itu sahaja, rumah yang mempunyai reka bentuk unik dan moden ini mengambil adaptasi pengaliran udara dari seni bina rumah tradisional Melayu. Ini sekali gus memberikan anda keselesaan dan kenyamanan angin segar walau pun tanpa pendingin hawa.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu

Setiap bilik tidur pula dilengkapi dengan bilik air tersendiri. Jadi, anda tidak perlu risau jika anda mahukan sedikit privasi dari aspek itu jika anda tinggal di sini.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb 'Highly Recommended' Di Lundu
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Lokasi
Tempah di sini
Siar Tranquil, Lundu
12 tetamu | 3 bilik tidur | 7 katil
Tempah sini

2. Rafflesia Resort Lundu

Resort tepi pantai Lundu ini merangkumi 12 unit villa tersendiri yang dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang.

Sebuah villa boleh menempatkan sehingga 4 orang dewasa sekaligus dengan perkongsian bilik mandi separa terbuka serta tab mandi di halaman belakang.

Resort ini juga dahulunya dikenali sebagai Basaga Holiday Resort sebelum dijenamakan semula sebagai Rafflesia Resort.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu

Jika anda memilih untuk menginap di sini, jangan lepaskan peluang untuk bersiar-siar di tepi pantai. Jika anda bernasib baik, anda akan menjumpai spesis monyet yang istimewa di Borneo iaitu monyet belanda atau Proboscis monkey.

Dikelilingi pokok kelapa yang melambai serta pemandangan laut yang memukau, percutian anda ke sini pastinya tidak akan mengecewakan.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Lokasi
Tempah di sini

Jalan Lundu – Sekambal – Siar – Pandan, 94500 Lundu

Rafflesia Resort Lundu
Family Bungalow | Bilik Deluxe Double
Tempah sini

3. Basari Guest House

Bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan bandar dan tinggal di persekitaran sunyi dan aman buat sementara waktu, rumah ini merupakan tempat yang terbaik untuk anda.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu

Anda disarankan untuk datang ke sini menggunakan kenderaan sendiri kerana kawasan ini tiada capaian Grab atau perkhidmatan e-hailing.

Ambil lah kesempatan ini untuk menikmati suasana di tengah hutan dan luangkan masa bersama rakan-rakan anda dengan aktiviti seperti BBQ, menonton televisyen atau bersembang sambil menikmati teh atau kopi.

Basari Guest House ini mempunyai 2 bilik tidur, 3 bilik mandi dan hanya beberapa minit perjalanan jalan kaki untuk melawat ke sungai dan dusun durian berdekatan. Kalau betul-betul nak tengok durian, disarankan untuk datang ke sini pada bulan Ogos dan September.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Lokasi
Tempah di sini

 Basari Homestay, Kampung Tebaro, 94500 Lundu, Sarawak

Basari Guest House
6 tetamu | 2 bilik tidur | 3 katil
Tempah sini

4. Kabana Kampung

Rumah inap ala-ala kotej kabin ini pula terletak tidak jauh dari jalan menuju ke Feri Rambungan. Walau kawasan penginapan ini agak kecil jika dilihat dari luar pagar, anda sebenarnya boleh melihat pemandangan Sungai Rayu, Gunung Serapi dan pokok-pokok bakau dari halaman rumah ini sahaja.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu

Kabana Kampung ini sesuai untuk pengembara solo atau duo kerana ia hanya menawarkan satu bilik tidur dengan sebuah katil bersaiz queen. Ruangan dalamannya pula tampak moden tetapi tetap mengekalkan elemen kayu untuk mengangkat ‘vibe’ tribal.

Walau bagaimanapun, jika anda inginkan pengalaman yang dipandu sepenuhnya oleh pemilik kotej kabin ini, mereka sedia membantu anda dengan pakej yang berlainan.

Antaranya ialah mengambil dan menghantar anda ke lapangan terbang, sewaan kenderaan pacuan empat roda atau SUV, penelusuran sungai (river cruise) dan trip bot, serta pandu arah.

Hmm, boleh tahan juga kan?

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb 'Highly Recommended' Di Lundu
Tempah di sini
Kabana Kampung Lundu
1 katil queen | Bilik mandi peribadi
Tempah sini

Bagaimana? Adakah anda bersedia untuk menikmati penginapan yang lain daripada yang lain?

Yang penting, selesa dan bersih. Anda boleh semak penginapan-penginapan ini di aplikasi Airbnb dan tempah mengikut waktu yang anda inginkan!

Aktiviti apa nak buat kat Lundu? Eh, banyaklah! Contohnya seperti dalam artikel berikut:

Jom Terokai Keindahan Pantai Telok Serabang, Ini Adalah Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Lakukan
Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 8 Tempat Di Sabah Ini Seakan-Akan Di Luar Negara
Next Article Murid Terpaksa Redah Jalan Berlumpur Enam Jam Nak Ke Sekolah Di Sabah Murid Terpaksa Redah Jalan Berlumpur Enam Jam Nak Ke Sekolah Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?