• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Port Makan Western Kegemaran Penduduk Lokal, Nikmati Pelbagai Hidangan Lazat Di Restoran Sharing

Oleh
Husna Hazmi
6 Ogos 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Pelbagai menu makanan western lazat menanti anda di sini.

Port Makan Western Kegemaran Penduduk Lokal, Nikmati Pelbagai Hidangan Lazat Di Restoran Sharing. Port makan western kegemaran ramai penduduk lokal, Sharing adalah salah satu restoran yang berjaya menambat hati ramai pelanggannya dengan menu yang disediakan mereka.

Bermula di Kuching, Sarawak, restoran Sharing ini kini sudah meluaskan sayapnya ke Semenanjung Malaysia di mana mereka telah membuka cawamngan di Bukit Mertajam, Penang serta Nilai, Negeri Sembilan.

Port Makan Western Kegemaran Penduduk Lokal, Nikmati Pelbagai Hidangan Lazat Di Restoran Sharing
Port Makan Western Kegemaran Penduduk Lokal, Nikmati Pelbagai Hidangan Lazat Di Restoran Sharing. Kredit foto: FB Sharing HQ
Port Makan Western Kegemaran Penduduk Lokal, Nikmati Pelbagai Hidangan Lazat Di Restoran Sharing
Kredit foto: FB Sharing HQ

Ada 6 cawangan di Kuching

Untuk cawangannya di Kuching pula, anda boleh singgah di Sharing Stapok, Ban Hock, TT3, Metrocity, Samariang dan juga di Brighton.

Restoran Sharing menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan Barat yang menyelerakan buat para pelanggan mereka seperti Grilled Chicken Chop, Chicken Maryland, Double Cheezyland, Chicken Parmigiana, Fish and Chips, Atlantic Salmon, Sirloin Steak, Chicken Bolognese, Carbornara, Aglio Olio, Nachos, Mashed Potatoes dan banyak lagi.

Untuk anda yang tidak boleh lari daripada nasi pula, anda boleh mencuba hidangan mereka bersama nasi seperti Teriyaki Chicken with Rice, Butter Fish with Rice, Butter Chicken with Rice dan banyak lagi.

Port Makan Western Kegemaran Penduduk Lokal, Nikmati Pelbagai Hidangan Lazat Di Restoran Sharing
Kredit foto: FB Sharing HQ
Port Makan Western Kegemaran Penduduk Lokal, Nikmati Pelbagai Hidangan Lazat Di Restoran Sharing
Kredit foto: FB Sharing HQ

Ada pelbagai menu minuman menarik

Menu minumannya pula, anda boleh menikmati pelbagai jenis Blended dan Smoothies seperti Ice Blended Latte, Ice Blended Chocolate, Banana Smoothie, Choco Banana Smoothie dan banyak lagi. Minuman menyegarkan sperti Blue Lagoon, Italian Peach, Green Apple with Mint juga ada di sini.

Untuk pengetahuan, beberapa cawangan restoran Sharing di Kuching ada menyediakan promosi hebat di mana set makanan tengah hari terpilih boleh didapati dengan harga serendah RM 10.90 sahaja.

Selain daripada kualiti makanan yang baik serta memuaskan, makanan yang disediakan di sini juga amat berpatutan dari segi harganya. Jadi, tunggu apa lagi, jika anda penggemar makanan western, anda perlu cuba pelbagai menu lazat yang ada disediakan di sini.

Wktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam.

Lagi port makan menarik untuk anda cuba di sini:

Peminat Kopi Dan Pastri, Anda Perlu Nikmati Hidangan Lazat Ini Di Kosa Coffee Kuching
Port Makan Best Di Lundu, Dapur Pandan Ini Sediakan Pelbagai Sajian Menarik Untuk Anda
SUMBER : FB Sharing HQ
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Meraung Tangan Melepuh, Dakwa Guru Celup Dalam Air Mendidih Di Asrama
Next Article Dijangka Ada Artis K-pop Dijemput, ‘Borneo Sonic Festival’ Bakal Jadi Acara Muzik Terbesar Di Borneo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?