Ada lok-lok, laksa Sarawak dan cendol
Port Terbaru Minum Petang, Nikmati Lok-lok Dan Aneka Kudapan Di Cucur Galacity. Mencari kudapan atau menu menarik untuk minum petang bersama keluarga? Apa kata anda singgah ke kafe ‘Cucur’ di Galacity, Kuching ini.
Baru sahaja beroperasi, kedai ini menawarkan pelbagai jenis kudapan yang enak untuk anda.
Menu apa yang dihidangkan?
Antara menu yang dihidangkan adalah cucur campur, lok-lok, laksa Sarawak, mi kolok dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, di sini anda juga boleh menikmati cendol, ais kacang atau ais batu campur (ABC).
Fuh, mesti seronok kan santai petang-petang dengan keluarga sambil menikmati lok-lok dan cendol.
Ibarat kombinasi terbaik!
Waktu operasi
Apa tunggu lagi? Singgah ke kedai ini yang terletak di Gala City. Difahamkan, kedainya terletak sebaris dengan Daboba.
Kedai mereka beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.
Menariknya di sini, kedainya sesuai untuk keluarga bersantai kerana kafe mereka ini siap dilengkapi dengan aircond.