• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

BNM Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Quantum Metal

Oleh
Nazihah AN
22 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
BNM Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Quantum Metal

Dakwaan mengenai aktiviti Quantum Metal telah dilulus dan dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia adalah PALSU

BNM Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Quantum Metal. Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai beberapa dakwaan dan salah nyata fakta yang sedang tersebar luas dalam kalangan orang awam berkenaan dengan urusan Quantum Metal Sdn. Bhd. (QMSB).

QMSB adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam urusan logam berharga atau batu berharga, dan oleh itu ia tertakluk kepada Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA). Syarikat ini perlu mengambil tindakan pencegahan untuk memastikan bahawa ia tidak menjadi saluran untuk aktiviti jenayah kewangan.

BNM Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Quantum Metal
BNM Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Quantum Metal

BNM mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya oleh mana-mana individu yang salah guna nama BNM

Walau bagaimanapun, status QMSB sebagai syarikat yang terlibat dalam AMLA tidak bermaksud bahawa produk dan perniagaannya, seperti emas dan perdagangan, telah didaftarkan, diluluskan atau diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sebarang dakwaan bahawa aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM, secara langsung atau tidak langsung, adalah PALSU.

BNM juga ingin menegaskan bahawa tidak semua transaksi masuk dari luar negara memerlukan pengesahan dan kelulusan BNM di bawah AMLA. Hanya transaksi yang melibatkan pinjaman luar pantai yang melebihi had yang ditetapkan oleh dasar pertukaran asing sahaja yang perlu mendapat kebenaran dari BNM.

BNM mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya oleh mana-mana individu yang salah guna nama BNM dan surat rasmi yang boleh menimbulkan kesan bahawa produk atau perkhidmatan mereka telah diluluskan oleh BNM.

BNM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika membuat keputusan pelaburan. Sebarang aktiviti kewangan yang mencurigakan dan tidak sah sepatutnya dilaporkan kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang yang berkenaan.

BNM turut memberi amaran mengenai syarikat pelaburan haram yang tular. Baca di bawah:

Bank Negara Malaysia Tambah Senarai, OctaFX Kini Dibawah Senarai Amaran Pengguna Kewangan
Tak Perlu Beratur Di Kaunter Untuk Tukar Duit Raya, Ini Senarai Bank Mesin ATM Di Sabah Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Masyarakat Tagal, Sebuah Etnik Minoriti Di Sarawak
Next Article Port Terbaru Minum Petang, Nikmati Lok-lok Dan Aneka Kudapan Di Cucur Galacity Port Terbaru Minum Petang, Nikmati Lok-lok Dan Aneka Kudapan Di Cucur Galacity

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?