Lebih Daripada Sekadar Urusan Pos
Pos Shop Pertama Di Borneo Kini Dibuka Di Kota Kinabalu. Penduduk Sabah kini boleh menikmati pengalaman yang lebih menarik ketika berurusan di pejabat pos dengan pembukaan Pos Shop pertama di Borneo di Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu.
Pos Shop bukan sahaja menawarkan perkhidmatan seperti penghantaran bungkusan, pembayaran bil, tambah nilai telefon bimbit, e-wallet, dan pelbagai keperluan harian, tetapi juga menyediakan pelbagai snek dan aiskrim untuk pelanggan yang ingin menikmati suasana lebih santai ketika menunggu giliran.

Selain itu, cawangan ini turut menampilkan Pos Kafe, sebuah konsep popular di mana pelanggan boleh menikmati kopi segar dan snek ‘sedia dimakan’. Kini, urusan pos anda menjadi lebih selesa dan menyenangkan dengan suasana yang lebih moden dan mesra pelanggan.
Hadiah Menarik untuk Pelanggan Terawal
Sebagai tanda penghargaan, 50 pelanggan pertama yang mengunjungi Pos Shop bermula jam 9 pagi hari ini akan menerima goodie bag secara percuma. Oleh itu, pastikan anda datang awal agar tidak melepaskan peluang istimewa ini.
Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi Pos Shop bersama rakan dan keluarga bagi menikmati pengalaman baharu ini. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama merasai perkhidmatan unik ini di Sabah.

