• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Premier : Kerajaan Sarawak Akan Ambil Alih Projek Rumah Terbengkalai Sentoria

Oleh
Ismail NA
5 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Nasib pembeli bakal terbela.

Premier : Kerajaan Sarawak Akan Ambil Alih Projek Rumah Terbengkalai Sentoria. Kerajaan Sarawak akan mengambil alih projek Rumah Sentoria, Borneo Semariang Garden bagi mengatasi masalah berlarutan yang sedang dihadapi oleh kebanyakan pembeli perumahan tersebut.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari menegaskan, beliau mengambil maklum berkenaan isu tersebut dan telah memberi amaran kepada syarikat pemaju projek perumahan tersebut.

Premier : Kerajaan Sarawak Akan Ambil Alih Projek Rumah Terbengkalai Sentoria
Premier : Kerajaan Sarawak Akan Ambil Alih Projek Rumah Terbengkalai Sentoria. Kredit foto: Borneo Network

Walau bagaimanapun, proses pengambil alihan projek perumahan terbengkalai itu hanya dapat dilaksanakan setelah proses perundangan dan isu-isu berkaitan pemaju diselesaikan.

Hal ini kerana syarikat pemaju tersebut merupakan sebuah syarikat tersenarai. Demikian menurut Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari ketika Majlis Ramah Tamah Aidilfitri N.26 Gedong yang bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching.

Premier : Kerajaan Sarawak Akan Ambil Alih Projek Rumah Terbengkalai Sentoria
Sumber: UKAS

Projek perumahan yang sepatutnya tamat pada tahun 2019 itu sehingga kini terbengkalai begitu sahaja sehingga kawasan tersebut dipenuhi dengan rumput tinggi dan struktur rumah yang kian usang dan terbiar.

Perkara ini telah menimbulkan kegusaran dan kemarahan dalam kalangan pembeli sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apatah lagi mereka sudah mula dibebani dengan pinjaman rumah yang sudah harus mula dibayar sedangkan rumah masih belum dapat diduduki.

Ini pula kes rumah hampir siap yang dihuni oleh pekerja pembinaan tanpa kebenaran di Sabah:

SUMBER :Unit Komunikasi Awam Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tawaran Kerja Dalam Sampul Raya, Lihat Lelaki Sarawak Ini Beri Kejutan Manis Buat Keluarganya
Next Article Cawangan Pertama Di Borneo, 4Fingers Crispy Chicken Kini Sudah Dibuka Di Sabah! Cawangan Pertama Di Borneo, 4Fingers Crispy Chicken Kini Sudah Dibuka Di Sabah!

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?