• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tawaran Kerja Dalam Sampul Raya, Lihat Lelaki Sarawak Ini Beri Kejutan Manis Buat Keluarganya

Oleh
Ismail NA
5 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

So sweet!

Tawaran Kerja Dalam Sampul Raya, Lihat Lelaki Sarawak Ini Beri Kejutan Manis Buat Keluarganya. Mendapat pekerjaan yang baik tentunya adalah impian setiap insan yang baru tamat bergraduat. Namun, dalam situasi yang kompetitif pada zaman ini, mencari pekerjaan adalah suatu perkara yang memerlukan kesabaran dan keteguhan hati.

Isi Isi Penting
  • So sweet!
  • Sampul raya tak ada wang, tapi ada surat tawaran kerja!
  • 8 bulan menganggur baru dapat kerja
  • ”Dah boleh beli kereta,” – Ibu Edz

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, seorang lelaki yang dikenali dengan nama pengguna @edz telah memberikan kejutan manis buat ibu bapanya di pagi hari raya.

@ezhrjmn

🤍

♬ original sound – Raynaldo Wijaya

Sampul raya tak ada wang, tapi ada surat tawaran kerja!

Seperti kebanyakan keluarga, lelaki ini bersalaman bersama ibu bapanya. Ibunya sempat mendoakan anaknya agar cepat memperolehi pekerjaan yang bagus. Walau bagaimanapun, anaknya membalas dengan memberi sebuah sampul raya yang bukan berisi wang, tetapi sebaliknya berisi surat tawaran kerja.

Ibunya merupakan individu pertama yang membuka sampul tersebut dan memperlihatkan reaksi wajah yang sangat gembira sewaktu mengetahui bahawa surat tersebut rupanya adalah surat tawaran kerja anaknya.

Tawaran Kerja Dalam Sampul Raya, Lihat Lelaki Sarawak Ini Beri Kejutan Manis Buat Keluarganya
Tawaran Kerja Dalam Sampul Raya, Lihat Lelaki Sarawak Ini Beri Kejutan Manis Buat Keluarganya. Sumber: Tiktok @edz

Ditemani oleh bapanya, ibu lelaki ini membaca isi kandungan surat tawaran tersebut. Kedua-dua ibu bapa lelaki ini ternyata bertambah gembira dan bangga setelah membaca lebih lanjut bahawa anaknya telah mendapat tawaran untuk bekerja di syarikat petroliam Malaysia, Petronas.

8 bulan menganggur baru dapat kerja

Menurut Edz, beliau telah tamat belajar sejak 8 bulan yang lalu. Pelbagai usaha telah dilakukannya untuk mencari pekerjaan namun beliau tidak pernah memberitahu kedua-dua ibu bapanya tentang jerih payahnya mencari pekerjaan di zaman ini.

Tambahnya lagi, ibu bapanya pula tidak pernah memaksanya untuk bekerja.

Tawaran Kerja Dalam Sampul Raya, Lihat Lelaki Sarawak Ini Beri Kejutan Manis Buat Keluarganya
Sumber: Tiktok @edz

Namun, nampaknya tawaran kerja ini adalah hadiah termanis yang mampu dikhabarkan kepada kedua ibu bapanya yang telah bertungkus lumus membesarkan dan memberikannya pendidikan yang baik.

”Dah boleh beli kereta,” – Ibu Edz

Di akhir video tersebut, Edz meminta maaf kepada kedua orang tuanya kerana merasakan dirinya terlambat untuk mendapatkan pekerjaan sambil kedua ibu bapanya berseloroh bahawa anaknya sudah boleh membeli kereta.

Tawaran Kerja Dalam Sampul Raya, Lihat Lelaki Sarawak Ini Beri Kejutan Manis Buat Keluarganya
Sumber: TikTok @edz

Sejuk hati ibu bapa ada anak macam ni, kan? Tahniah kami ucapkan kepada Edz. Selamat menempuh alam pekerjaan dan selamat maju jaya!

SUMBER :TikTok @edz
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dilaporkan Hilang Sejak Selasa Lalu, Seorang Lelaki Ditemui Mati Dalam Hutan Nipah Dilaporkan Hilang Sejak Selasa Lalu, Seorang Lelaki Ditemui Mati Dalam Hutan Nipah
Next Article Premier : Kerajaan Sarawak Akan Ambil Alih Projek Rumah Terbengkalai Sentoria

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?