• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Premier Sarawak Dedah Reka Bentuk Terkini ART, Diinspirasi Dari Bendera Sarawak

Oleh
Nazihah AN
23 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Premier Sarawak Dedah Reka Bentuk Terkini Untuk ART, Diinspirasi Dari Bendera Sarawak

ART tersebut dijangka tiba di Kuching pada penghujung tahun ini

Premier Sarawak Dedah Reka Bentuk Terkini ART, Diinspirasi Dari Bendera Sarawak. Rekaan akhir bagi Kenderaan Autonomous Rapid Transit (ART), yang akan menjadi sistem pengangkutan awam moden di Kuching, telah diperkenalkan sempena Sambutan Hari Sarawak 2024 yang berlangsung malam tadi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bahawa ART yang menggunakan hidrogen akan membawa transformasi kepada sistem pengangkutan awam di Sarawak, yang akan dimulakan di Kuching melalui pelaksanaan projek Kuching Urban Transportation System (KUTS).

Premier Sarawak Dedah Reka Bentuk Terkini ART, Diinspirasi Dari Bendera Sarawak
Sumber gambar: Dayak Daily

Premier Sarawak Turut Umumkan Laluan ART Baharu dari Bintulu ke Samalaju

“Pada masa ini, Sarawak Metro Sdn Bhd sedang berusaha gigih menyediakan laluan khusus, stesen henti dan depoh untuk ART di Kuching dan Kota Samarahan.

“Dan Insya-Allah, seperti yang saya katakan sebelum ini, ia akan diperluas dari Bintulu terus ke Kidurong dan Samalaju,” katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis tersebut yang diadakan di Lapangan Terbang Lama Bintulu di sini.

Rekaan akhir ART menunjukkan ia terdiri daripada empat warna—hitam, kuning, merah, dan putih, hampir menyerupai bendera Sarawak.

Beliau juga menyatakan bahawa beberapa rekaan telah dicadangkan oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan Sarawak Metro, tetapi hanya satu yang dipilih untuk mencerminkan aspirasi dan kehebatan Sarawak.

Pada masa ini, beliau berkata kenderaan ART sedang dihasilkan di China.

ART Sarawak Bakal Dipandu Uji Di Isthmus Kuching Sebelum Dihantar Ke Samarahan
Laluan Fasa Pertama ART Sarawak Tular, Boleh Naik Dari Summermall Ke Waterfront
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mempunyai Versi Tersendiri, Sabah Diberi Kuasa Penuh Urus Program MM2H Negeri
Next Article Miss World 2024 Kongsi Pengalaman Menarik Di Sabah, Anggap Ia Seperti Syurga Miss World 2024 Kongsi Pengalaman Menarik Di Sabah, Anggap Ia Seperti Syurga

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?