• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

PDRM Sarawak Libatkan Suri Rumah Jadi ‘Mata’ dan ‘Telinga’ Polis

Oleh
Aina Musa
28 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
PDRM Sarawak Libatkan Suri Rumah Jadi 'Mata' dan 'Telinga' Polis

Program AMANITA bantu polis banteras jenayah

PDRM Sarawak Libatkan Suri Rumah Jadi ‘Mata’ dan ‘Telinga’ Polis. Polis akan melibatkan penyertaan suri rumah di negeri ini bagi membantu membanteras jenayah di kawasan taman perumahan menerusi Program Taman Angkat AMANITA Kontinjen Sarawak yang dilancarkan hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata inisiatif taman angkat itu bertujuan meningkatkan penglibatan polis secara lebih dekat dengan penduduk di kawasan perumahan selain berkomunikasi dengan suri rumah dalam usaha mencegah jenayah.

PDRM Sarawak Libatkan Suri Rumah Jadi 'Mata' dan 'Telinga' Polis
PDRM Sarawak Libatkan Suri Rumah Jadi ‘Mata’ dan ‘Telinga’ Polis. Kredit Foto: FB Ct Nurfatimah Hussen

Katanya AMANITA merupakan satu unit khas di bawah Polis Diraja Malaysia yang ditubuhkan pada Mac 2013 bagi memperoleh maklumat berkaitan jenayah yang tidak dilaporkan dalam kalangan masyarakat sekali gus membantu polis mengurangkan kadar jenayah.

AMANITA ditubuhkan bagi menjadikan kawasan kediaman lebih selamat

Pegawai AMANITA akan mengadakan kolaborasi antara polis wanita dengan suri rumah.

Inisiatif taman angkat AMANITA ini juga akan menjadikan kawasan kediaman lebih selamat.

“Kerjasama ini diharap dapat membantu polis dari segi penyampaian maklumat berkaitan jenayah. Jika mereka mendapati ada perkara mencurigakan berlaku di kawasan sekitar, mereka boleh berhubung terus dan melaporkan kepada polis dengan segera,”

katanya pada majlis pelancaran Program Taman Angkat AMANITA Kontingen Sarawak Taman Kemuyang di sini semalam.

Mohd Azman berkata suri rumah adalah golongan yang tepat untuk menyalurkan maklumat kepada polis kerana mereka sentiasa berada di rumah dan mengetahui perkembangan sesama jiran.

PDRM Sarawak Libatkan Suri Rumah Jadi 'Mata' dan 'Telinga' Polis
Kredit Foto: FB Ct Nurfatimah Hussen

“Jadi, mereka berhak diberi mandat untuk sama-sama mencegah jenayah setempat,” katanya dan menambah kriteria pemilihan taman angkat adalah berdasarkan kepada indeks jenayah di sesuatu kawasan.

Menurutnya dengan menjadikan Taman Kemuyang sebagai taman angkat AMANITA, ia bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat malah kawasan sekitarnya yang mempunyai kira-kira 5,000 penduduk.

Selain polis, pihak JPJ turut menjayakan inisiatif yang sama dengan menggalakan orang awam menjadi ‘mata’ mereka bagi membanteras jenayah jalanan:

JPJ Bercadang Beri Ganjaran Untuk Orang Ramai Yang Melaporkan Kesalahan Lalu Lintas
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lucu Penjaga Zoo Thailand Berpakaian Seperti Burung Unta Ditangkap
Next Article Masih Belum 'Move On' Lagi, Kini Udara Konsert Billie Eilish Dijual Dengan Harga Sekitar RM48k Masih Belum ‘Move On’ Lagi, Kini Udara Konsert Billie Eilish Dijual Dengan Harga Sekitar RM48k

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?