• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

JPJ Bercadang Beri Ganjaran Untuk Orang Ramai Yang Melaporkan Kesalahan Lalu Lintas

Oleh
Aina Musa
10 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Lapor dan terima ganjaran!

JPJ Bercadang Beri Ganjaran Untuk Orang Ramai Yang Melaporkan Kesalahan Lalu Lintas. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menzahirkan rasa terima kasih kepada pengguna jalan raya Malaysia kerana telah menyalurkan maklumat berhubung pelanggaran lalu lintas menerusi aplikasi mudah alih e-ADUAN@JPJ.

Sejak aplikasi ini dilancarkan pada April 2022 yang lalu, sebanyak lebih 1,000 aduan telah diterima daripada pengguna jalan raya di seluruh Malaysia dan ianya lebih mudah dan cepat. Sekaligus, rakyat Malaysia juga boleh menjadi ‘mata-mata’ untuk menguatkuasakan undang-undang jalan raya dengan lebih berkesan di negara ini.

JPJ Bercadang Beri Ganjaran Untuk Orang Ramai Yang Melaporkan Kesalahan Lalu Lintas
JPJ Bercadang Beri Ganjaran Untuk Orang Ramai Yang Melaporkan Kesalahan Lalu Lintas

Cara memuat turun aplikasi

Tersedia dalam Google Play Store dan Apple App Store, aplikasi ini membolehkan orang ramai memuat naik foto dan video kesalahan trafik yang berlaku di sekitar mereka.

Aduan yang dibuat mestilah lengkap dengan waktu, tempat, video dan gambar bagi memudahkan siasatan dibuat.

Aplikasi E-Aduan ini akan bersambung dengan GPS telefon bimbit pengguna bagi menentukan lokasi dan masa kejadian sebelum pengguna mengambil tindakan lanjut terhadap kesalahan yang dilaporkan.

JPJ Bercadang Beri Ganjaran Untuk Orang Ramai Yang Melaporkan Kesalahan Lalu Lintas
Aplikasi E-Aduan boleh dimuat turun di App Store

Inisiatif ini telah dikemukan di peringkat jabatan

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ M. Janagarajan berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan pemberian ganjaran kepada mereka yang menyalurkan maklumat sebagai tanda penghargaan.

Memberitahu kepada pemberita, inisiatif ini telah dibincangkan di peringkat jabatan bagi menggalakkan lebih ramai orang awam membantu JPJ mengesan kesalahan trafik di jalan raya.

Namun, jenis ganjaran atau penghargaan yang akan diberikan masih belum diputuskan.

JPJ Bercadang Beri Ganjaran Untuk Orang Ramai Yang Melaporkan Kesalahan Lalu Lintas
Aplikasi E-Aduan turut boleh didapati di Google Store

Dengan adanya, aplikasi E-aduan ini, pengguna jalan raya diharapkan dapat memberi kerjasama dalam membanteras jenayah jalan raya seperti buli jalan dan pemanduan yang melulu.

Jangan pula anda mengambil kesempatan demi meraih penghargaan daripada JPJ, buruk padahnya!

Contoh kesalahan lalu lintas yang semakin ‘galak’ dilakukan terutamanya di Kuching dan Samarahan adalah seperti berikut:

SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Siapakah Sebenarnya Dato Permaisuri, Nama Legenda Yang Sinonim Dengan Bandaraya Miri
Next Article Penyu Agar Kembali Bertelur Di Golden Beach Bintulu Selepas Menghilang Selama 20 Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?