• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Projek Jambatan Rambungan Disambung Semula Mulai Ogos 2024

Oleh
Nazihah AN
19 Julai 2024
Kongsi
1 Min Bacaan
Projek Jambatan Rambungan Disambung Semula Mulai Ogos 2024

Kontraktor penyelamat telah dilantik bagi menyambung projek Jambatan Rambungan, Lundu Sarawak.

Projek Jambatan Rambungan Disambung Semula Mulai Ogos 2024. Projek pembinaan Jambatan Rambungan di Lundu, Sarawak kini telah disambung oleh kontraktor penyelamat mulai bulan Ogos 2024.

Jambatan sepanjang 560 meter yang bernilai RM98.5 juta ini merupakan salah satu komponen penting dalam rangkaian jalan pesisir Sarawak yang menghubungkan Kuching dengan kawasan Lundu, Sematan, dan Telok Melano.

Projek Jambatan Rambungan Disambung Semula Mulai Ogos 2024

Pada awalnya ia dijangka siap pada tahun 2023, namun terdapat beberapa kekangan dan masalah dihadapi

Projek ini, yang bermula pada Disember 2019, telah mengalami kelewatan ketara akibat pelbagai cabaran termasuk kekurangan buruh, masalah teknikal, serta kekangan masa kerja akibat pasang surut air.

Pada awalnya, ia dijadualkan siap pada Jun 2023, namun terpaksa dilanjutkan beberapa kali akibat gangguan seperti pandemik Covid-19 dan masalah teknikal lain.

Setakat Jun 2023, kemajuan projek hanya mencapai 56 peratus. Bagi memastikan projek ini berjalan lancar, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah diarahkan untuk memantau perkembangan projek secara mingguan​. Selain itu, usaha tambahan sedang dijalankan termasuk menambah sumber tenaga kerja, peralatan, dan dana untuk mempercepatkan penyiapan projek.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Hampir 4 Tahun Tertangguh, Jambatan Rambungan Dianggap Sebagai ‘Projek Sakit’
Projek Jambatan Sungai Bintangor Di Jalan Datuk Ajibah Abol Lewat 72 Hari, Ini Puncanya

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Tangkap Tiga Tokan Dadah Di Sebuah Pusat Hiburan Di Bintulu Polis Tangkap Tiga Tokan Dadah Di Sebuah Pusat Hiburan Di Bintulu
Next Article Malaysia Airlines Jadi Rakan Penerbangan Rasmi SUKMA Dan PARA SUKMA Sarawak 2024 Malaysia Airlines Jadi Rakan Penerbangan Rasmi SUKMA Dan PARA SUKMA Sarawak 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?