• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Tangkap Tiga Tokan Dadah Di Sebuah Pusat Hiburan Di Bintulu

Oleh
Aina Musa
19 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Polis Tangkap Tiga Tokan Dadah Di Sebuah Pusat Hiburan Di Bintulu

Syabas buat Polis Narkotik Bintulu

Polis Tangkap Tiga Tokan Dadah Di Sebuah Pusat Hiburan Di Bintulu. Dalam usaha memerangi dadah, polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan di sebuah pusat hiburan di Bintulu semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 31 hingga 43 tahun disyaki terbabit pengedaran dadah.

Polis Tangkap Tiga Tokan Dadah Di Sebuah Pusat Hiburan Di Bintulu

“Dadah yang dirampas termasuk dua peket plastik disyaki berisi serbuk ekstasi ( anggaran berat 50 gram), satu peket plastik berisi 59 biji pil ekstasi (anggaran berat 17.7 gram) dan 10 peket plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis ketamin (anggaran berat 5 gram),” katanya.

Superintenden Nixon berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana positif dadah,” katanya.

Menurutnya, dadah yang dirampas itu dipercayai untuk diedarkan di kawasan pusat hiburan terbabit dan boleh digunakan oleh 50 orang penagih dadah.

Tangkapan ini kata beliau adalah bukti berterusan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras kegiatan pengedaran dadah dan mencegah jenayah di daerah Bintulu.

Orang ramai dengan maklumat berkaitan dadah diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304 atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bintulu.

Baca lagi artikel menarik:

Padah Acu Pistol Mainan Semasa Tunggang Motosikal, Lelaki Sabah Ditahan
Projek Jambatan Sungai Bintangor Di Jalan Datuk Ajibah Abol Lewat 72 Hari, Ini Puncanya

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja Mahu Beli Rumah Untuk Ibu Bapa Lepas Raih RM4 Juta Dalam Kejohanan E-Sukan Antarabangsa
Next Article Projek Jambatan Rambungan Disambung Semula Mulai Ogos 2024 Projek Jambatan Rambungan Disambung Semula Mulai Ogos 2024

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?