• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kertas Cadangan Projek Kereta Api Trans Borneo Dijangka Siap Ogos 2025

Oleh
Farisha
4 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Loke: Cadangan projek Kereta Api Trans-Borneo dalam fasa penilaian akhir

Kertas Cadangan Projek Kereta Api Trans Borneo Dijangka Siap Ogos 2025. Kajian projek cadangan Kereta Api Trans Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak ke Indonesia dijangka siap pada Ogos 2025.

Menurut sumber, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook memaklumkan bahawa cadangan tersebut sedang berada dalam fasa penilaian akhir.

Projek Kereta Api Trans Borneo Dijangka Siap Ogos 2025
Projek Kereta Api Trans Borneo Dijangka Siap Ogos 2025

“Kajian ini dijangka bermula pada Ogos 2024 dan akan mengambil masa 12 bulan untuk diselesaikan, dengan tarikh siap dijadualkan pada Ogos 2025,” katanya.

Loke menjelaskan projek yang dicadangkan itu dijangka meningkatkan perhubungan dan memperkukuh logistik, terutamanya dengan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara.

Pada Oktober tahun lalu, Loke menyatakan Sarawak telah meminta kajian kebolehlaksanaan dilakukan dan kementeriannya juga telah memohon dana untuk menjalankan kajian tersebut.

Kereta api Trans-Borneo, menghubungkan Sabah, Sarawak dan Indonesia

Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berpendapat projek ini akan merangsang ekonomi wilayah berkenaan.

Kereta Api Trans-Borneo pada mulanya dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak kepada Presiden Indonesia Joko Widodo pada 2015 untuk memudahkan pergerakan orang, barangan dan perkhidmatan.

Brunei juga akan melaksanakan projek kereta api bagi memendekkan masa perjalanan antara Brunei, Sarawak, Kalimantan, dan Sabah

Pada April lalu, dilaporkan bahawa syarikat Brunei, Brunergy Utama Sdn Bhd, mendakwa akan melaksanakan projek kereta api bernilai US$70 bilion (RM330 bilion) yang bertujuan memendekkan masa perjalanan antara Brunei, Sarawak, Kalimantan, dan Sabah.

Syarikat tersebut menggariskan rancangan projek, termasuk dua fasa yang meliputi laluan sepanjang lebih 1,600km, oleh kereta api berkelajuan tinggi yang mampu mencapai kelajuan sehingga 350km/j.

Walau bagaimanapun, Loke menegaskan Putrajaya belum memberi sebarang kelulusan untuk projek sedemikian, dan tender untuk kajian kebolehlaksanaan cadangan yang serupa hanya akan dibuka pada Mei.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Bakal Hubung Satu Borneo, Kerajaan Sarawak Sambut Baik Usaha Bina Rel Kereta Api
Anthony Loke Rancang Bina Laluan Kereta Api Hubungkan Sabah Sarawak Dan Nusantara

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Warga Emas Maut, Motosikal Terperosok Bawah Bas Di Bintulu Warga Emas Maut, Motosikal Terperosok Bawah Bas Di Bintulu
Next Article Laporan Ketua Audit Negara Dapati Sabah Gagal Dalam Beberapa Pengurusan Jalur Lebar Laporan Audit Negara Dapati Sabah Gagal Dalam Beberapa Pengurusan Jalur Lebar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?