• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Proton Saga, Kereta Nasional Pertama Malaysia Bakal Diabadikan Jadi Koleksi Hot Wheels

Oleh
Aina Musa
7 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Proton Saga, Kereta Nasional Pertama Malaysia Bakal Diabadikan Jadi Koleksi Hot Wheels

Berita baik untuk peminat Hot Wheels

Proton Saga, Kereta Nasional Pertama Malaysia Bakal Diabadikan Jadi Koleksi Hot Wheels. Pengeluar kereta mainan Hot Wheels, Mattel Inc mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta nasional Proton bagi mengeluarkan model skala 1:64 kereta nasional pertama negara, Proton Saga.

Proton Saga, Kereta Nasional Pertama Malaysia Bakal Diabadikan Jadi Koleksi Hot Wheels
Proton Saga, Kereta Nasional Pertama Malaysia Bakal Diabadikan Jadi Koleksi Hot Wheels. Kredit foto: Engear TV

Lapor Harian Metro, Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Mattel Inc Steve Totzke berkata, kerjasama itu sempena memperingati ulang tahun ke-40 syarikat itu di Malaysia.

Lancar mini Proton Saga sempena ulang tahun ke-40 Mattle

“Ini adalah perkongsian pelesenan yang menarik kerana kami bergabung untuk membangunkan kereta Hot Wheels, mengikut model Proton Saga asal iaitu model pertama keluaran Proton, yang kini akan menjadi sebahagian daripada koleksi peribadi Hot Wheels.

Proton Saga, Kereta Nasional Pertama Malaysia Bakal Diabadikan Jadi Koleksi Hot Wheels
Kredit foto: Engear TV

“Perkongsian ini bertujuan mempertahankan warisan kebanggaan Mattel dan Proton untuk terus menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada peminat semua peringkat umur di seluruh dunia,” katanya berucap pada sambutan ulang tahun ke-40 Mattel di Bukit Mertajam.

Menurut Totzke, Proton Saga merupakan kereta pertama daripada jenama automotif Malaysia dan sehubungan itu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki kereta.

Proton Saga, Kereta Nasional Pertama Malaysia Bakal Diabadikan Jadi Koleksi Hot Wheels
Kredit foto: Engear TV

Model baharu Hot Wheels itu dijangka mula dijual di seluruh dunia menjelang akhir 2023.

SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berjaga Malam Selama Seminggu Tonton Piala Dunia, Lelaki Ini Alami Lumpuh Separuh Muka Berjaga Malam Selama Seminggu Tonton Piala Dunia, Lelaki Ini Alami Lumpuh Separuh Muka
Next Article Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?