I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: PU Azman Didakwa Lagi, Kali Ini 4 Tuduhan Jenayah Seksual Terhadap 3 Remaja Pula
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

PU Azman Didakwa Lagi, Kali Ini 4 Tuduhan Jenayah Seksual Terhadap 3 Remaja Pula

Oleh Husna Hazmi 7 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Pendakwah selebriti didakwa lagi di mahkamah atas pertuduhan jenayah seksual.

PU Azman Didakwa Lagi, Kali Ini 4 Tuduhan Jenayah Seksual Terhadap 3 Remaja Pula. Dilaporkan pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dihadapkan ke dua mahkamah hari ini di atas empat pertuduhan jenayah seksual membabitkan tiga remaja lelaki antara Februari hingga Ogos lepas.

Azman Syah berusia 41 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun lepas.

PU Azman Didakwa Lagi, Kali Ini 4 Tuduhan Jenayah Seksual Terhadap 3 Remaja Pula
PU Azman Didakwa Lagi, Kali Ini 4 Tuduhan Jenayah Seksual Terhadap 3 Remaja Pula. Sumber Foto: Utusan Malaysia

Penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat

Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika disabit kesalahan.

PU Azman juga didakwa atas satu pertuduhan menggalakkan seorang lagi remaja lelaki berusia 17 tahun dengan berkomunikasi secara seksual melalui aplikasi Whatsapp sekitar jam 4 petang hingga 7.30 malam di sebuah rumah di Kampung Meru pada 16 Ogos lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 11 (1)(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun jika disabit kesalahan.

Hakim Syafeera Mohd Said telah membenarkan Azman Syah diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kesemua pertuduhan itu.

PU Azman Didakwa Lagi, Kali Ini 4 Tuduhan Jenayah Seksual Terhadap 3 Remaja Pula

Melakukan perbuatan lucah melampau

Dalam masa yang sama, di Mahkamah Majistret, Azman Syah didakwa atas satu lagi pertuduhan melakukan perbuatan lucah melampau terhadap seorang remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, di sini pada 9.15 malam pada 10 Jun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid pula telah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000.

Pendakwaan bagi kesemua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala Azman Syah diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah.

Kedua-dua mahkamah juga mengenakan syarat jaminan tambahan kepada tertuduh iaitu tidak boleh mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran rumahnya setiap awal bulan bermula bulan ini.

Sebutan semula bagi kesemua kes ditetapkan pada 12 Januari tahun hadapan.

Sebelum ini, PU Azman mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual ke atas dua remaja lelaki bawah umur di Mahkamah Sesyen di Seremban pada 12 Oktober lalu.

SUMBER : BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah
Next Article Baiki Senjata Secara Haram Demi Tambah Pendapatan, Seorang Lelaki Ditangkap Polis Di Serian

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?