• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pukul Anjing Kerana Bunuh Ayam Turkey, Warga Emas Di Sabah Didenda RM4K

Oleh
Farisha
8 April 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Cuba pertahan ayam Turkey miliknya, warga emas pukul anjing dan didenda RM4,000

Pukul Anjing Kerana Bunuh Ayam Turkey, Warga Emas Di Sabah Didenda RM4K. Seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun dikenakan denda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah mencederakan seekor anjing jenis Siberian Husky yang memasuki kawasan rumahnya dan membunuh dua ekor ayam turkey peliharaannya.

Tertuduh, Yong Chen Fah @ Joseph Yong membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan. Beliau juga berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Pukul Anjing Kerana Bunuh Ayam Turkey, Warga Emas Di Sabah Didenda RM4K
Pukul Anjing Kerana Bunuh Ayam Turkey, Warga Emas Di Sabah Didenda RM4K

Ceroboh rumah, bunuh ayam – punca insiden berlaku

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku pada 31 Disember 2024 sekitar jam 1.30 petang di Taman Donggongon, Penampang. Seekor anjing jantan baka Siberian Husky berusia empat tahun bernama Coby telah memasuki kawasan rumah berpagar milik tertuduh dan menggigit dua ayam turkey hingga mati.

Tertuduh mendakwa telah cuba menghalau anjing tersebut, namun haiwan itu enggan lari malah cuba menyerangnya. Berikutan itu, beliau bertindak memukul kepala anjing berkenaan empat hingga lima kali menggunakan sebatang kayu serta membaling batu ke arahnya sehingga anjing tersebut terbaring dalam keadaan tidak bermaya dengan kesan darah di kepala dan mulut.

Rayuan: Hanya pertahan diri dan keadaan keluarga

Semasa membuat rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman minimum dengan alasan tindakannya adalah untuk mempertahankan diri.

“Saya memukul anjing itu kerana ia masuk ke dalam kawasan rumah saya, membunuh ayam peliharaan saya dan cuba menyerang saya. Saya tidak memukulnya di luar rumah atau di rumah pemiliknya,” jelasnya, menurut laporan media tempatan.

Beliau turut merayu atas faktor usia dan keadaan isterinya yang sering keluar masuk hospital kerana menghidap penyakit buah pinggang.

Cedera parah, anjing alami trauma, mata dan patah gigi

Pemilik anjing bersama adiknya yang datang ke lokasi kejadian mendapati anjing mereka dalam keadaan terbaring dan lemah, lalu memanjat pagar rumah tertuduh untuk menyelamatkan haiwan tersebut.

Anjing itu kemudian dibawa ke Sabah Animal Medical Centre (SAMC) Penampang dan kemudiannya ke SAMC cawangan Luyang untuk rawatan lanjut.

Laporan pemeriksaan oleh doktor veterinar mendapati anjing tersebut mengalami kecederaan serius termasuk “optic nerve neuritis” pada mata kanan, ulser teruk, kecederaan di dahi serta gigi molar kiri yang patah. Haiwan itu juga terpaksa menjalani prosedur pembedahan mata untuk rawatan segera.

Pendakwa: “Tindakan tertuduh keterlaluan”

Pegawai Pendakwa, Francis Palikat berkata meskipun tertuduh memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan, tindakan beliau tetap dianggap keterlaluan.

“Tertuduh bertindak secara berlebihan. Dalam kes ini, haiwan tersebut mengalami kecederaan serius dan berpotensi menyebabkan kecacatan kekal atau kematian jika tidak dirawat segera,” katanya.

Tambahnya lagi, isu kebajikan haiwan merupakan kepentingan umum dan perlu diberi perhatian serius.

Pemilik anjing juga bakal didakwa

Dalam perkembangan berkaitan, pemilik anjing berkenaan difahamkan turut akan didakwa minggu hadapan di bawah Seksyen 22(1) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 kerana gagal memastikan haiwan peliharaannya tidak dianiaya, seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Apa pun pandangan anda, kes ini menjadi peringatan bahawa walaupun haiwan menceroboh atau bertindak ganas, tindakan kita terhadap mereka masih tertakluk kepada undang-undang yang melindungi kebajikan haiwan.

Komen anda bagaimana? Wajarkah hukuman dikenakan terhadap warga emas ini, atau pemilik anjing lebih patut dipersalahkan?

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pukul Anjing Guna Rod Besi, Lelaki Di Sabah Ditahan
Bangga Membunuh Anjing, Wanita Ini Dikecam Netizen

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Taman Permainan Indoor Terbesar Di Sibu Ini Bakal Dibuka Di Kin Orient Plaza Taman Permainan Indoor Terbesar Di Sibu Ini Bakal Dibuka Di Kin Orient Plaza
Next Article ICOM Square Kini Kenakan Bayaran Sistem Parkir Digital Untuk Orang Ramai ICOM Square Kini Kenakan Bayaran Sistem Parkir Digital Untuk Orang Ramai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?