• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

ICOM Square Kini Kenakan Bayaran Sistem Parkir Digital Untuk Orang Ramai

Oleh
Nazihah AN
8 April 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
ICOM Square Kini Kenakan Bayaran Sistem Parkir Digital Untuk Orang Ramai

ICOM Square Perkenal Sistem Parkir Pintar

ICOM Square Kini Kenakan Bayaran Sistem Parkir Digital Untuk Orang Ramai. Bermula semalam, kawasan komersial popular ICOM Square telah melaksanakan sistem parkir digital pintar melalui kerjasama bersama syarikat Pay and Go. Inisiatif ini diumumkan secara rasmi di laman Facebook Pay and Go, mengumumkan bahawa sistem tersebut kini sudah “live” dan sedia digunakan oleh orang ramai.

Menurut hantaran tersebut, sistem ini menjanjikan pengalaman parkir yang lebih bijak, lancar dan tanpa sentuhan – sesuatu yang dilihat sejajar dengan arus digital masa kini.

ICOM Square Kini Kenakan Bayaran Sistem Parkir Digital Untuk Orang Ramai

Pengguna Perlu Bayar Untuk Parkir

Sebelum ini, ramai yang menikmati kemudahan parkir percuma di sekitar ICOM Square. Namun dengan sistem baharu ini, pengguna kini perlu membayar caj parkir secara digital. Ini bermakna, semuanya dilakukan melalui aplikasi atau sistem automatik.

Bagi sesetengah pengunjung tetap, perubahan ini menimbulkan rasa kurang senang. Dalam ruangan komen, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati, khususnya kerana bayaran parkir ini dilihat menambah beban kewangan harian.

Namun begitu, pihak pengendali sistem yakin bahawa langkah ini akan membawa lebih banyak manfaat dalam jangka masa panjang, terutamanya dari segi kelancaran trafik dan keselamatan pengguna.

Smart Parking: Antara Kemudahan dan Beban

Sistem parkir pintar seperti ini memang semakin banyak digunakan di bandar-bandar besar. Dengan penggunaan teknologi seperti nombor plat automatik, bayaran tanpa tunai dan integrasi aplikasi mudah alih, ia dapat memudahkan proses keluar masuk dan menjimatkan masa.

Namun, seperti biasa, perubahan drastik sebegini pasti akan mengambil masa untuk diterima masyarakat. Ramai pengguna berharap agar kadar bayaran parkir yang dikenakan adalah berpatutan dan tidak membebankan.

Baca juga di bawah:

Icom Square Bakal Pasang Sistem Parkir Digital Untuk Pengurusan Parkir Yang Lebih Efisien
Tular Pasar Minggu Kubah Ria Bakal Pasang Sistem Parkir Digital Undang Perhatian Netizen

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pukul Anjing Kerana Bunuh Ayam Turkey, Warga Emas Di Sabah Didenda RM4K
Next Article Hanya Tinggal 50 Ekor Di Dunia, Burung Chinese Crested Tern Ditemui Di Asajaya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?