• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pulau Daat Yang Dilelong Di Labuan Akhirnya Dibeli Dengan Harga RM 80 Juta

Oleh
Ismail NA
26 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Walau bagaimanapun identiti pembeli masih tidak diketahui

Pulau Daat Yang Dilelong Di Labuan Akhirnya Dibeli Dengan Harga RM 80 Juta. Pulau Daat, sebuah pulau yang terletak kira-kira enam batu nautika dari pelabuhan dan setengah jalan ke Menumbok, telah dibeli oleh seorang pembeli asing dengan harga sekitar RM80 juta.

Menurut sumber, pembelian tersebut dibuat melalui lelongan selepas beberapa siri lelongan sebelum ini tidak berjaya, lapor media Sabah, Daily Express.

Pulau Daat Yang Dilelong Di Labuan Akhirnya Dibeli Dengan Harga RM 80 Juta
Pulau Daat Yang Dilelong Di Labuan Akhirnya Dibeli Dengan Harga RM 80 Juta

Sumber yang dipercayai itu turut menyatakan bahawa urusan jual beli Pulau Daat dengan pembeli warganegara asing itu juga telah diselesaikan baru-baru ini.

Sehingga kini, belum ada laporan yang menyatakan identiti pembeli tersebut.

Pulau Daat masih miliki tempoh sewaan sehingga tahun 2853

Untuk makluman, Pulau Daat memiliki tempoh sewaan (lease) selama 999 tahun sehingga tahun 2853. Geran pulau itu pada mulanya diberikan kepada John Gavaron Treacher dan Clarence Cooper pada tahun 1856 oleh Gabenor Labuan, George Warren Edwardes (1856-1861) bagi pihak Ratu Victoria.

Hartanah tersebut mula dijual melalui lelongan pada tahun 2021 dengan harga rizab ditetapkan pada RM135 juta, menunjukkan penurunan harga yang signifikan apabila ia berjaya dibeli oleh pembeli tersebut. Pada tahun 2022, pulau tersebut dilelong sekali lagi dengan harga RM 121.5 juta atau RM4.80 satu kaki persegi oleh pemiliknya pada waktu itu, Potensi Bernas Sdn Bhd yang menamatkan perniagaan mereka.

Kerajaan Labuan pernah menyatakan hasrat untuk menjadikan Pulau Daat sebagai hab minyak dan gas

Pulau Daat mendapat liputan meluas pada tahun 2012 apabila Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi agensinya, Perbadanan Labuan mahu menjadikan pulau itu sebagai hab minyak dan gas untuk meningkatkan ekonomi Labuan.

Projek pembangunan yang merangkumi pelan pembangunan bersepadu meliputi kompleks penyimpanan gas, fabrikasi, pemprosesan minyak, perumahan, komersial dan hotel yang dirancang di Pulau Daat dilaporkan merupakan kerjasama di antara syarikat RG Gas yang berpengkalan di Sabah dan syarikat China, Zhuhai Winbase International Chemical Tank Terminal Co Ltd.

Lagi artikel menarik tentang Labuan dan Sabah:

Tanjung Simpang Mengayau Kudat, Tarikan Menarik Di Hujung Tanduk Sabah
Tempat Menarik Di Labuan Yang Anda Perlu Lawati
SUMBER :Daily Express
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Moipanau, Tradisi Iringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki Kaum Dusun Kenali Moipanau, Tradisi Iringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki Kaum Dusun
Next Article Kerajaan Naikkan STR Fasa 1 Sehingga RM500 Untuk Isi Rumah Bawah RM 2,500

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?