• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi

Oleh
Ismail NA
11 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Jarang Dapat Jalan Atas Air Jernih. Ini Baru Betul-Betul Hidden Gems!

Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi. Sabah sememangnya terkenal dengan keindahan pulau serta pemandangan alam semulajadi yang memukau. Tapi siapa sangka, terdapat sebuah hidden gems di Sabah yang breathtaking dan serupa seperti tempat pelancongan di luar negara. Whoaa!

Pulau Ini Sebenarnya Timbunan Batu Karang

Pulau Pasir Timbul, Pulau Terapung, atau Pitas Floating Island yang terletak di Kampung Malubang, Pitas, Sabah ini sebenarnya merupakan timbunan batu karang telah mati dan timbul secara semula jadi sejak beratus tahun yang lalu. Jika dilihat dari pemandangan atas, ia seakan-akan berbentuk S.

Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi
Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi. Pulau Batu Supirak. Kredit : Youtube Murphy Ng

Pulau Terapung ini juga tidak jauh dari Pulau Batu Supirak yang mempunyai cerita legenda. Menurut penduduk setempat, Pulau Batu Supirak merupakan sebuah kapal yang disumpah oleh batu oleh seorang ibu terhadap anaknya yang tidak mengenang jasa. Penggemar fotografi dan drone pasti menyukai pemandangan ini untuk diabadikan sebagai koleksi peribadi.

3 Jam Perjalanan Darat, Hampir 2 Jam Perjalanan Laut

Untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki kenderaan darat selama lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu ke Kudat, diikuti perjalanan 1 jam 30 minit dengan menaiki bot dari Jeti Marina, Kudat menuju ke Kampung Malubang, Pitas. Walau pun perjalanan ini agak lama, tapi pastinya ia akan menjadi pengalaman yang berbaloi.

Riadah di atas Pulau Terapung Sambil Makan-Makan

Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi
Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi. Kredit : Malaysia Aktif

Apa yang anda boleh lakukan di Pulau Terapung ini? Ya, anda boleh melakukan aktiviti riadah seperti snorkeling dan makan-makan sambil ditemani deburan ombak. Pusat pelancongan di Pulau Terapung ini dinamakan Floating Coral Bar, Pitas.

Jenis makanan yang dihidangkan adalah makanan segar dari laut dan juga sayur-sayuran . Anda boleh menikmatinya secara buffet. Menariknya, petugas dan kru di sini kebanyakannya adalah penduduk Kampung Malubang sendiri yang dilatih khas untuk pusat pelancongan tersebut.

Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi
Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi. Kredit : Malaysia Aktif

Walau bagaimanapun, hanya 40 ke 50 orang pelancong sahaja dihadkan ke kawasan pulau terapung ini pada satu-satu masa bagi menjaga keselamatan serta menjamin ekosistem terumbu karang.

Tinggal di Homestay Kampung Malubang yang Berhadapan dengan Laut

Kredit : FB Indah Chalet Pitas

Sesudah anda sampai ke sini, pastinya anda ingin menginap untuk satu atau dua malam menikmati suasana kampung di sini. Untuk pengetahuan anda, Kampung Malubang ini merupakan perkampungan nelayan yang berbangsa Sulu. Kebanyakan mereka merupakan penduduk yang beragama Islam.

Homestay Kampung Malubang ini berkonsepkan rumah panjang dan turut menyediakan makanan. Jadi, anda tidak perlu risau tentang makanan kerana ia termasuk dalam pakej penginapan. Selain itu, anda juga boleh melawat ke kawasan sekitarnya iaitu Pulau Kapal Supirak, Batu Berunsai dan Batu Talam.

Kredit : FB Indah Chalet Pitas

Anda boleh mengetahui pakej yang disediakan melalui laman FB Indah Chalet Pitas. Rugi sangat kalau kita rakyat Malaysia sendiri tidak pernah merasai pengalaman melancong ke Pulau Terapung ini. Jadi, pergilah bercuti bersama rakan-rakan atau keluarga di pulau ini untuk menenangkan pemikiran.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Hidden Gem Yang Indah, Ketahui 7 Pulau Eksotik Sabah Yang Ramai Tidak Tahu
Hidden Gem Di Sabah Dan Sarawak Yang Anda Perlu Terokai
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Mungkin Akan Menjadikan Tahun Baru Cina Sebagai Acara Tahunan Negeri
Next Article Ini 5 Perkara Tentang Tupperware Anda Mungkin Tak Tahu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?