• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Hidden Gem Yang Indah, Ketahui 7 Pulau Eksotik Sabah Yang Ramai Tidak Tahu

Oleh
ILB - AI
20 Mac 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Hidden Gem Yang Indah, Ketahui 7 Pulau Eksotik Sabah Yang Ramai Tidak Tahu

Sabah terkenal dengan negeri yang sangat kaya dengan khazanah laut dan pulaunya yang indah

Hidden Gem Yang Indah, Ketahui 7 Pulau Eksotik Sabah Yang Ramai Tidak Tahu. Sabah merupakan sebuah negara yang sangat indah. Oleh kerana keindahan alamnya Sabah mendapat gelaran sebagai ‘Land Below the Wind’ (Negeri Di Bawah Bayu) oleh orang-orang Eropah.

Isi Isi Penting
  • 1. Pulau Bohey Dulang, Semporna
  • 2. Pulau Kapalai
  • 3. Pulau Sibuan
  • 4. Pulau Mataking, Semporna
  • 5. Pulau Baggi, Kudat
  • 6. Pulau Bum-Bum, Semporna
  • 7. Pulau Timba-Timba

Sabah merupakan sebuah negeri yang sangat kaya dengan khazanah lautnya serta pulau-pulaunya yang indah memukau mata.

Hidden Gem Yang Indah, Ketahui 7 Pulau Eksotik Sabah Yang Ramai Tidak Tahu
Hidden Gem Yang Indah, Ketahui 7 Pulau Eksotik Sabah Yang Ramai Tidak Tahu

Pulau-pulau Sabah adalah satu destinasi yang amat sesuai bagi mereka yang inginkan percutian di pantai. Ingin lari dari kesibukan kerja di kota dan ingin mencari ketenangan.

Disini kami akan senaraikan beberapa pulau yang mungkin tidak dikenali ramai, namun pulau-pulau ini memiliki keindahan yang setaraf dengan pulau-pulau dunia. Teruskan membaca!

1. Pulau Bohey Dulang, Semporna

Hidden Gem Yang Indah, Ketahui 7 Pulau Eksotik Sabah Yang Ramai Tidak Tahu
Sumber: www.borneo.com.au

Untuk ke pulau ini, anda memerlukan satu jam perjalanan dengan menaiki bot dari pekan Semporna. Apa yang menjadi tarikan di pulau ini ialah keindahannya yang boleh dilihat dari atas gunung. Pulau Bohey merupakan sebuah pulau pergunungan yang terhasil dari sisa-sisa gunung berapi perba.

Bohey Dulang terkenal dengan keindahan pemandangannya yang amat menakjubkan!

2. Pulau Kapalai

Hidden Gem Yang Indah, Ketahui 7 Pulau Eksotik Sabah Yang Ramai Tidak Tahu

Pulau ini terletak diantara pulau Sipadan dan pulau Mabul, pulau ini terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan. Untuk sampai ke pulau ini, anda memerlukan masa sekurang-kurangnya 45 minit perjalanan dengan menaiki bot laju dari Semporna.

Pulau Kapalai merupakan salah satu tempat indah untuk aktiviti menyelam dan keindahan pulau ini setaraf dengan pulau-pulau lain di dunia ini dan apa yang lebih menarik tentang pulau ini ialah pulau Kapalai bukanlah sebuah ‘pulau’.

3. Pulau Sibuan

Hidden Gem Yang Indah, Ketahui 7 Pulau Eksotik Sabah Yang Ramai Tidak Tahu

Semporna Pulau Sibuan merupakan pulau yang terindah di antara pulau-pulau yang terdapat di lautan Sulawesi. Untuk sampai di sini, anda boleh menaiki bas atau teksi dari Lapangan Terbang Tawau untuk ke Semporna.

Dari Semporna ke Pulau Sibuan akan mengambil masa selama 30 minit. Pulau ini merupakan yang paling indah di Taman Marin Tun Sakaran dan sehingga kini masih belum ada yang mampu mengalahkan keindahan pulau ini.

4. Pulau Mataking, Semporna

Hidden Gem Yang Indah, Ketahui 7 Pulau Eksotik Sabah Yang Ramai Tidak Tahu
Sumber: tripadvisor.co.uk

Pulau ini terletak 40 minit dari pekan Semporna dan kira-kira 45 minit dari Sipadan. Jika anda berpeluang ke sini jangan lepaskan peluang untuk anda menikmati perjalanan selama 20 minit dari pulau utama ke Pulau Mataking Kecil.

Hidden Gem Yang Indah, Ketahui 7 Pulau Eksotik Sabah Yang Ramai Tidak Tahu
Sumber: tripadvisor.co.uk

Waktu terbaik untuk melakukan perjalanan ini ialah pada waktu pagi apabila air pasang rendah. Ketika dalam perjalanan, anda akan merasakan seperti anda sedang berjalan di atas air kerana di kedua-dua belah jalan dikelilingi oleh laut.

5. Pulau Baggi, Kudat

Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi dan merupakan antara pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

6. Pulau Bum-Bum, Semporna

Pulau Bum-Bum terletak berdekatan dengan Semporna, Kudat dan Lahat Datu dan bersaiz sebesar Singapura. Pulau Bum-Bum belum menjadi pusat perlancongan yang terkenal tetapi tak rugi kalau singgah ke Pulau Bum-Bum jika anda datang ke Sabah.

7. Pulau Timba-Timba

Hidden Gem Yang Indah, Ketahui 7 Pulau Eksotik Sabah Yang Ramai Tidak Tahu
Sumber: sabahtourism.com

Pulau Timba-timba adalah sebuah pulau yang terletak di Sabah dan berdekatan dengan Pulau Pandanan di bahagian selatan dan barat daya Mataking.

Lagi artikel-artikel tempat menarik, anda boleh lihat pautan di bawah:

Gadis Ini Kongsi Itinerari Trip Solo Ke Semporna Dan 7 Pulau Selama 8H7M
5 Lokasi Eko-Pelancongan Yang Cantik Dan ‘Breathtaking’ Di Kota Belud, Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Perabot Rosak Tilam Koyak, Keadaan Asrama Di SMK Mukah Raih Perhatian Netizen Perabot Rosak Tilam Koyak, Keadaan Asrama Di SMK Mukah Raih Perhatian Netizen
Next Article Islam Dan Kristian Saling Hormat-Menghormati, Zee Avi Bersuara Mengenai Pembinaan Rumah Ibadat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?