• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Sebab Penting Mengapa Pulau Sipadan Mesti Tutup Selama Sebulan

Oleh
Ismail NA
2 November 2023
Kongsi
5 Min Bacaan

Pulau Sipadan di Sabah tutup sebulan bermula 1 November 2023

Ini Sebab Penting Mengapa Pulau Sipadan Mesti Tutup Selama Sebulan. Pulau Sipadan di Sabah yang kita semua tahu memang cantik, apatah lagi ia memang dinobatkan sebagai antara lokasi menyelam terbaik di dunia. Tapi, tahukah anda, pulau impian semua orang ni kena ambil ‘cuti’ sebulan bermula 1 November 2023?

Dalam artikel kali ini, kami nak jelaskan kenapa ‘cuti’ ni bukan setakat penting, tapi memang satu langkah yang mesti dibuat.

sebab pulau sipadan tutup sebulan
Ini Sebab Penting Mengapa Pulau Sipadan Mesti Tutup Selama Sebulan. Sipadan Kapalai Resort.

Alam sekitar pun nak healing juga

Macam yang semua orang tahu, Sipadan bukan calang-calang tempat. Ia adalah salah satu spot menyelam terbaik di dunia. Tapi dengan kecantikan alam, pastinya hadir sebuah tanggungjawab yang besar. Samalah seperti kita apabila dah penat bekerja keras sepanjang minggu, alam sekitar pun perlukan rehat juga.

Cuba anda bayangkan, hidupan laut macam terumbu karang, ikan, penyu – semua ni dah kerja ‘overtime’ untuk maintain kecantikan Pulau Sipadan yang kita semua puja. Mereka pun nak ‘healing’ juga – sebab itulah ‘cuti’ panjang ini sangat perlu.

Kurangkan stress dekat terumbu karang dan hidupan laut

Kita memang suka dekat dengan alam, tapi kadang-kadang, kita tak sedar yang sampai satu tahap, kita sebenarnya boleh menyakiti mereka? Bayangkan kalau ada berjuta-juta manusia pegang rumah atau kereta kita setiap hari. Boleh sakit jiwa, kan?

Bagi hidupan terumbu karang, ia bukan setakat menyakitkan, malah boleh membuatkan hidupan laut ini mati. Terumbu karang adalah organisma hidup, dan mereka boleh mengalami tekanan akibat sentuhan fizikal, yang boleh berlaku dengan banyaknya penyelam dan orang yang melakukan aktiviti snorkeling. Sentuhan yang tidak sengaja juga boleh mematahkan batang terumbu karang yang rapuh, menghilangkan lapisan pelindung, dan membuat mereka kurang imun terhadap penyakit.

sebab pulau sipadan tutup sebulan

Detoks air marin daripada pencemaran manusia

Kita guna losyen pelindung matahari untuk melindungi diri dari sinar UV. Tapi tak semua losyen mesra dengan hidupan laut. Ada bahan dalam losyen ini yang boleh membahayakan karang dan ikan.

Tambah lagi dengan kehadiran ramai pelancong, hal ini semestinya boleh menyebabkan penurunan kualiti air akibat peningkatan pencemar seperti losyen pelindung matahari, minyak, dan bahan kimia lain. Bahan-bahan ini adalah toksik kepada terumbu karang dan hidupan marin lain, mengganggu pertumbuhan dan kitaran pembiakan mereka.

Jadi, sementara kita semua nak cari jalan macam mana nak jaga kulit tanpa kacau mereka, biarlah terumbu karang tu detoks sendiri.

Beri masa untuk hidupan marin berehat

Manusia boleh secara tidak sengaja mengganggu hidupan liar tempatan, menyebabkan perubahan tingkah laku. Sebagai contoh, penyu laut mungkin terhalang dari bertelur, atau ikan mungkin meninggalkan habitat asal mereka. Dengan kurangnya gangguan manusia, ikan-ikan dapat jalankan rutin harian mereka – makan rumpai laut, main cilok-cilok dengan pemangsa, dan mungkin juga ‘chill’ tanpa penonton.

Ini penting untuk pastikan ekosistem laut kekal seimbang, supaya tak ada satu spesis pun yang jadi terlalu dominan.

sebab pulau sipadan tutup sebulan
Gambar hiasan

Anggaplah penutupan ini umpama bersihkan rumah selepas kenduri kahwin

Bot dan sauh boleh merosakkan terumbu karang secara fizikal dan mengganggu sedimen, berpotensi menutupi terumbu karang dan mempengaruhi kejernihan air, yang penting untuk fotosintesis yang diperlukan oleh terumbu karang dan tumbuhan marin lain. Selain itu, peningkatan aktiviti manusia boleh menyebabkan lebih banyak sampah, seperti sampah plastik, yang boleh ditelan atau menyeliputi hidupan marin, sering kali menyebabkan kecederaan atau kematian.

‘Cuti’ untuk Sipadan ni samalah macam besar-besaran bersihkan rumah lepas kenduri kahwin. Tanpa bot, sauh, dan kecoh-kecoh manusia, laut ada masa untuk segar semula, bersihkan sisa-sisa kerosakan dan bina semula.

Ini bukan setakat tentang rehat, tapi tentang comeback yang gempak. Bila Sipadan buka semula, ia akan jadi macam rumah yang baru lepas renovate – segar, bersih, dan sedia untuk buat semua orang terpesona semula.

Demi awet muda Pulau Sipadan

Kesimpulannya, penutupan Pulau Sipadan ini bukanlah untuk menghalang kita semua daripada bersuka ria, tapi lebih kepada kita semua menjadi sebahagian dari sesuatu yang lebih besar – pelancongan yang mapan, kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar, dan memberi semula kepada alam yang telah lama menampung kita.

Mari kita hormat ‘cuti’ ini dan bersiap sedia untuk meneroka Sipadan dengan lebih berhati-hati apabila waktunya dibuka kembali nanti. Ini juga demi glow-up Pulau Sipadan, dan untuk kita semua yang nak jaga Bumi kita! 🌏✌️

Sementara tunggu Sipadan buka, jomlah baca artikel menarik ni dulu:

https://www.iloveborneo.my/keunikan-turtle-cave-di-pulau-sipadan-sabah-satu-satunya-makam-penyu-di-dunia/
Sejarah Pulau Sipadan Yang Anda Perlu Tahu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dengan Bajet RM 200, Anda Kini Boleh Menaiki Cruise Bot Mewah Di Kota Kinabalu Dengan Bajet RM 200, Anda Kini Boleh Menaiki Cruise Bot Mewah Di Kota Kinabalu
Next Article Nikmati Pengalaman Bermalam Di Culvert View Kundasang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?