• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Balik Kampung Sempena Aidlifitri, Puluhan Ribu Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
6 April 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Lapangan terbang dibanjiri penumpang yang hendak balik kampung

Balik Kampung Sempena Aidlifitri, Puluhan Ribu Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Hari Ini. Dipetik dari BERNAMA, puluhan ribu penumpang dijangka membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 mulai hari ini sehingga malam Aidilfitri, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Hari ini sehingga Ahad dikatakan merupakan kemuncak orang ramai mula balik kampung menggunakan pengangkutan udara kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.

Balik Kampung Sempena Aidlifitri, Puluhan Ribu Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Hari Ini
Balik Kampung Sempena Aidlifitri, Puluhan Ribu Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Hari Ini. Gambar sekadar hiasan

Sabtu dan Ahad dijangka paling sibuk kerana kebanyakan ambil peluang cuti pada Isnin dan Selasa. Kebanyakan penerbangan sudah penuh hingga 9 April,” kata beliau usai majlis pelepasan penumpang penerbangan lewat malam dengan tambang tetap pertama AirAsia dari Kuala Lumpur ke Miri di KLIA Terminal 2, malam tadi.

Beliau turut berkata bahawa tiga syarikat penerbangan iaitu AirAsia, Malaysia Airlines dan Batik Air telah mendapat sambutan tinggi dengan muatan penuh sejak tiga minggu lepas terutamanya bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur ke Tawau.

Selain itu, Loke turut meraikan pekerja sektor pengangkutan udara termasuk juruteknik kerana mengorbankan masa dan cuti raya mereka bagi memastikan operasi berjalan lancar.

Beliau juga berkata inisiatif penerbangan lewat malam AirAsia memanfaatkan 22,000 penumpang ke Sarawak dengan tambang tetap pada RM298 sehala dan RM348 ke Sabah.

Balik Kampung Sempena Aidlifitri, Puluhan Ribu Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Hari Ini
Gambar sekadar hiasan

122 penerbangan lewat malam AirAsia

Sebanyak 122 penerbangan lewat malam AirAsia yang bermula semalam hingga 14 April bukan sahaja memastikan penerbangan mencukupi sempena Aidilfitri malah penumpang dapat nikmati tambang berpatutan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aviation, Bo Lingam pula menjelaskan bahawa inisiatif penerbangan tambahan lewat malam merupakan komitmen syarikat penerbangan itu bagi memastikan tambang berpatutan dapat dinikmati oleh semua lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

Hari Raya adalah antara tempoh paling sibuk bagi AirAsia dengan lebih 500 penerbangan harian akan berlepas dari semua hab AirAsia,” katanya.

Beliau berkata semua hab AirAsia dijangka menyaksikan kebanjiran penumpang sebanyak 75,000 bermula esok dengan 40,000 daripada mereka di KLIA Terminal 2.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

AirAsia Rai Penerbangan Tambang Tetap Ke Sabah Sarawak Sempena Sambutan Hari Raya
Polis Sarawak Lancar 49 Lokasi Sekatan Jalan Raya Sempena Ops Selamat
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Rai Penerbangan Tambang Tetap Ke Sabah Sarawak Sempena Sambutan Hari Raya AirAsia Rai Penerbangan Tambang Tetap Ke Sabah Sarawak Sempena Sambutan Hari Raya
Next Article Pameran Ulam Terbanyak Di Malaysia, Festival Makanan Dan Budaya Samarahan Bakal Diadakan Bulan Mei Pameran Ulam Terbanyak Di Malaysia, Festival Makanan Dan Budaya Samarahan Bakal Diadakan Bulan Mei

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?