• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Kini Buka Semula Laluan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

Oleh
Husna Hazmi
31 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Penerbangan ke Pulau Pinang, Kuching dan Sabah kini kembali

AirAsia Kini Buka Semula Laluan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu. AirAsia kini meraikan penyambungan semula laluan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu hari ini, dalam usaha untuk memperkukuh komitmen perkhidmatan di Sarawak dan Sabah.

AirAsia bersama-sama dengan Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Sarawak Nurul Ain Mohammed Yunus, menyambut ketibaan penerbangan AK5432 dari Pulau Pinang ke Kuching dengan muatan lebih daripada 80 peratus, menandakan potensi pertumbuhan masa depan yang kukuh antara laluan-laluan ini.

AirAsia Kini Buka Semula Laluan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu
AirAsia Kini Buka Semula Laluan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu. Sumber foto: I Love Borneo

Memperluas rangkaian penerbangan dalam negara

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, pihak mereka berbesar hati untuk memperluas rangkaian penerbangan dalam negara dan pada masa yang sama meningkatkan tawaran destinasi di hab Sarawak dan Sabah.

Sebagai sebuah syarikat penerbangan tempatan, penyambungan semula laluan-laluan ini membuktikan komitmen kami untuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan di Malaysia.”

Dengan menghubungkan semula laluan-laluan ini, kami berhasrat untuk memenuhi peningkatan permintaan bagi perjalanan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu sambil terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pelancongan dalam negara.

Kami berharap untuk menerbangkan lebih ramai tetamu pada laluan-laluan ini dan terus memperluas rangkaian domestik pada masa hadapan,” jelas beliau.

AirAsia Kini Buka Semula Laluan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu
Sumber foto: I Love Borneo

Memperkasakan sektor pelancongan antara Pulau Pinang dan Sarawak

Pengarah Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Sarawak, Nurul Ain Mohammed Yunus pula berkata dengan penyambungan semula laluan ini, ia menandakan satu pencapaian penting dalam memperkasakan sektor pelancongan antara Pulau Pinang dan Sarawak.

Melalui laluan ini, beliau menjangka impak positif terhadap pertumbuhan pelancongan negeri. Berikutan profil pelancong yang pelbagai dari Pulau Pinang,pihak beliau berharap dapat terus mempromosikan kepelbagaian warisan budaya, landskap semula jadi menakjubkan dan pengalaman pengembaraan unik di Sarawak.

Penyambungan semula laluan ini juga membuka peluang untuk terus menarik lebih ramai pelancong dan memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

AirAsia Tambah Penerbangan Ke Sabah Sarawak Sempena Aidilfitri
AirAsia Lancar Penerbangan Sulung Dari Kota Kinabalu Ke Seoul Korea
SUMBER :AirAsia Newsroom
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Kerana Tak Dengar Arahan, Pengasuh Tergamak Dera Anak Instafamous Di Indonesia
Next Article Sarawak Belum Terima Maklumat Rasmi Berkenaan Projek Kereta Api Trans Borneo Sarawak Belum Terima Maklumat Rasmi Berkenaan Projek Kereta Api Trans Borneo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?