• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pusat Kesihatan Prima (PHC) Unimas Akan Beroperasi September Ini

Oleh
Farisha
14 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pusat Kesihatan Prima Unimas akan meningkatkan akses pengajaran dan penjagaan kesihatan di Sarawak

Pusat Kesihatan Prima (PHC) Unimas Akan Beroperasi September Ini. Pusat Kesihatan Prima (PHC) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) akan mula beroperasi pada September ini, menurut Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata pusat yang akan menjadi mercu tanda di Kota Samarahan itu akan dapat meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di Unimas selain menyediakan latihan praktikal kepada pelajar perubatan universiti tersebut, di samping memberikan penjagaan kesihatan kepada penduduk tempatan.

Pusat Kesihatan Prima (PHC) Unimas Akan Beroperasi September Ini
Pusat Kesihatan Prima (PHC) Unimas Akan Beroperasi September Ini

Projek berpusatkan rakyat dan mercu tanda Kota Samarahan

“Projek berpusatkan rakyat ini menunjukkan kerajaan sedia ada prihatin terhadap rakyat. Ia juga akan menjadi mercu tanda Kota Samarahan dan akan membawa manfaat yang besar kepada orang ramai dari segi penjagaan kesihatan dan kesejahteraan mereka.

“Saya yakin suatu hari nanti PHC akan berkembang menjadi pusat pakar perubatan seperti Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian,” katanya menurut laporan.

Nanta berkata projek bernilai RM485.988 juta mengikut konsep rekabina dan bina itu bermula pada 2021, di mana Fasa 1 diserahkan semalam, manakala Fasa 2 – hospital pengajaran – akan siap menjelang September 2025.

Beliau menambah pelaksanaan Fasa 1 mengalami sedikit kelewatan disebabkan pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, PHC dibina di atas tanah seluas 11.57 ekar manakala hospital pengajaran akan dibina di tapak lain seluas 15.8 ekar.

Pusat Kesihatan Prima (PHC) Unimas Akan Beroperasi September Ini
Kredit gambar: FB Tyco

Antara perkhidmatan yang akan disediakan

Nanta berkata PHC akan menyediakan perkhidmatan melibatkan perubatan am, pembedahan am, ortopedik, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, psikiatri, pemulihan, oftalmologi, otorhinolaringologi serta kemalangan dan kecemasan.

“Saya yakin PHC akan berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kesihatan setaraf dengan pusat kesihatan atau hospital lain, dengan kapasiti 300 katil,” katanya.

Pusat itu juga akan dilengkapi dengan wad wanita, lelaki dan kanak-kanak, serta dewan bedah utama.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Unimas Bakal Tawar Program Ijazah Bahasa Iban Bagi Atasi Isu Kekurangan Guru
Macam Apartmen Mewah, Wajah Baru Kolej Penginapan Di UNIMAS Raih Pujian Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Empat Atlet Para Sarawak Bakal Ke Paralimpik Paris 2024 Mewakili Malaysia Empat Atlet Para Sarawak Bakal Ke Paralimpik Paris 2024 Mewakili Malaysia
Next Article MCBA Cantas Sindiket Seludup Rokok Dan Minuman Keras Bernilai RM1.2 Juta Di Miri MCBA Cantas Sindiket Seludup Rokok Dan Minuman Keras Bernilai RM1.2 Juta Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?