• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MCBA Cantas Sindiket Seludup Rokok Dan Minuman Keras Bernilai RM1.2 Juta Di Miri

Oleh
Aina Musa
14 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
MCBA Cantas Sindiket Seludup Rokok Dan Minuman Keras Bernilai RM1.2 Juta Di Miri

Kesemuanya barangan seludup

MCBA Cantas Sindiket Seludup Rokok Dan Minuman Keras Bernilai RM1.2 Juta Di Miri. Dua rangkaian sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok serta minuman keras tanpa cukai di kawasan Miri telah berjaya dipatahkan melalui Operasi Taring Alpha 1 dan 2.

Menurut kenyataan daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA), kejayaan ini adalah hasil kerjasama dengan Pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) dalam dua serbuan berasingan yang dilakukan semalam.

MCBA Cantas Sindiket Seludup Rokok Dan Minuman Keras Bernilai RM1.2 Juta Di Miri
MCBA Cantas Sindiket Seludup Rokok Dan Minuman Keras Bernilai RM1.2 Juta Di Miri. Sumber: Suara Sarawak

“Serbuan pertama dilakukan pada jam 7 malam di sebuah premis di Pusat Komersial Desa Senadin oleh sepasukan pegawai polis, dan seorang lelaki warga Indonesia telah ditahan.

“Selain itu, pihak berkuasa juga merampas 311 kotak pelbagai jenis minuman keras, 192 botol wiski, dan 305 karton rokok pelbagai jenama,” katanya.

Dalam serbuan kedua pada hari yang sama sekitar jam 7.15 malam, pasukan JKDNKA melakukan serbuan di Miri.

“Pada serbuan ini, seorang lelaki tempatan ditahan, dan pihak berkuasa merampas 120 kotak pelbagai jenis minuman keras, 24 botol wiski, 221 karton rokok putih pelbagai jenama, serta 41 karton rokok kretek pelbagai jenama,” tambahnya.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan dari kedua-dua serbuan ini dianggarkan mencecah RM1.2 juta, dan kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Baca lagi artikel menarik:

Gara-Gara Miliki Dadah Seberat Satu Gram, Lelaki Dari Kuching Didenda RM3000
Lelaki Dipenjara 6 Bulan Di Kuching, Ugut Mahu Bunuh Bapa Gara-Gara Ditegur Cari Kerja
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pusat Kesihatan Prima (PHC) Unimas Akan Beroperasi September Ini
Next Article Ini Jalan Yang Bakal Ditutup Di Kuching Sempena Perarakan Gawai Dayak 2024 Ini Jalan Yang Bakal Ditutup Di Kuching Sempena Perarakan Gawai Dayak 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?