• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Puting Beliung Kecil Di Kudat Cetus Kebimbangan Netizen

Oleh
Farisha
16 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Hati-Hati, puting beliung kecil atau belalai air dirakam di Kudat

Puting Beliung Kecil Di Kudat Cetus Kebimbangan Netizen. Satu kejadian puting beliung kecil atau dikenali sebagai belalai air telah dirakam berdekatan pekan Kudat tengahari semalam, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, video fenomena ini menjadi tular selepas dimuat naik oleh seorang individu.

Puting Beliung Kecil Di Kudat Cetus Kebimbangan Netizen
Puting Beliung Kecil Di Kudat Cetus Kebimbangan Netizen. Sumber foto: Facebook

“Bikin risau juga ni, semoga dipermudahkan semuanya. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni,” tulis individu yang memuat naik video tersebut, menggambarkan suasana penuh debaran ketika kejadian itu berlaku.

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana belalai air itu berlaku di laut dan bukannya di darat.

“Nasib baik kat laut, kalau kena rumah, habis barang kat rumah tu,” komen seorang netizen yang jelas lega dengan lokasi fenomena tersebut.

Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, terutama kepada penduduk di Sabah yang sering berdepan dengan cuaca yang sukar dijangka.

“Selalu berdoa untuk Sabah kawan-kawan. Jangan kita gaduh-gaduh. Sabah akan sentiasa terlindung jika kita selalu doakan Sabah. Tidak kira lah agama Kristian atau Islam. Doa saja selalu sama-sama untuk Sabah. Tuhan yang satu akan mendengar doa kita,” tulis seorang pengguna dengan penuh harapan.

Cuaca Tidak Menentu, Penduduk Diminta Berhati-hati

Bagi masyarakat Sabah, fenomena belalai air ini menjadi satu peringatan tentang pentingnya menjaga keselamatan diri dan harta benda. Selain itu, ramai yang berharap kejadian seperti ini tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kemalangan.

Sama-sama kita doakan agar semua selamat dan Sabah sentiasa dilindungi. Kalau nampak cuaca macam nak ribut, lebih baik duduk di rumah dan elakkan berada dekat kawasan pantai.

Dengan keadaan cuaca yang semakin sukar dijangka, doa dan solidariti sesama rakyat menjadi harapan utama. Semoga Sabah terus selamat daripada bencana dan ujian alam ini.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan bencana yang melanda Sabah dan Sarawak:

Krisis Bekalan Air Kritikal, JPBD Isytihar Daerah Papar Dilanda Bencana Kemarau
Cuaca Panas Dan Kering Di Sarawak, Mesyuarat Akan Diadakan Bagi Elak Bencana Jerebu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Larang Import Produk, Daging Babi Dari Sabah Akibat Wabak ASF
Next Article PMX Ucap Tahniah, Bangga Cikgu Di Sarawak Ini Tersenarai 50 Terbaik Dunia PMX Ucap Tahniah, Bangga Cikgu Di Sarawak Ini Tersenarai 50 Terbaik Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?