• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

PMX Ucap Tahniah, Bangga Cikgu Di Sarawak Ini Tersenarai 50 Terbaik Dunia

Oleh
Nazihah AN
16 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
PMX Ucap Tahniah, Bangga Cikgu Di Sarawak Ini Tersenarai 50 Terbaik Dunia

Guru Inovatif dari SK Long Sebangang, Lawas, Sarawak Raih Pengiktirafan Anugerah Guru Global 2025

PMX Ucap Tahniah, Bangga Cikgu Di Sarawak Ini Tersenarai 50 Terbaik Dunia. Siapa sangka, di sebalik sekolah luar bandar di Sarawak, terserlah seorang guru yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia!

Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Muhammad Nazmi Rosli selepas beliau diumumkan sebagai salah seorang daripada 50 finalis Hadiah Guru Global 2025.

PMX Ucap Tahniah, Bangga Cikgu Di Sarawak Ini Tersenarai 50 Terbaik Dunia

“Tahniah buat saudara Muhammad Nazmi Rosli…” – PMX

Menurut posting di Facebook rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu, keikhlasan dan daya cipta yang ditonjolkan oleh guru Bahasa Inggeris berusia 32 tahun itu amat membanggakan.

PMX Ucap Tahniah, Bangga Cikgu Di Sarawak Ini Tersenarai 50 Terbaik Dunia

Cikgu Nazmi dilihat bukan sahaja berinovasi, malah berjaya menarik minat muridnya dengan pendekatan kreatif seperti latihan simulasi dalam bilik darjah – bayangkan, nak belajar bahasa Inggeris pun boleh berlakon macam dalam kedai dobi atau menaiki kapal terbang!

Apa yang lebih mengagumkan, semua ‘set’ untuk aktiviti ini menggunakan bahan-bahan kitar semula. Hasilnya, murid-murid bukan sahaja dapat ilmu, malah belajar menyayangi alam sekitar. Tak hairanlah pendekatan ini pernah melonjakkan nama beliau sehingga menang Hadiah Guru Malaysia 2023, dan kini tersenarai pula dalam 50 finalis Hadiah Guru Global 2025.

Pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini bukan sekadar satu pencapaian peribadi buat Cikgu Nazmi, tetapi juga penanda aras bagi pendidikan luar bandar kita. Inilah bukti bahawa bakat dan kesungguhan seorang guru boleh memberi impak besar, walau di mana jua mereka mengajar. Bagi Anwar, kisah inspirasi ini juga harus menjadi pendorong kepada seluruh warga pendidik di Malaysia untuk terus berinovasi demi kebaikan generasi akan datang.

Buat anda yang membaca, ini bukan sekadar kisah ‘Cikgu Luar Biasa’, tetapi satu contoh bagaimana seorang guru mampu mengubah hala tuju anak bangsa dengan kreativiti dan sikap prihatin. Syabas, Cikgu Nazmi!

Baca juga cerita menarik di bawah:

Guru Pedalaman Sarawak Ini Terharu Apabila Ibu Bapa Murid Sanggup Ke Pekan Hantar Pencalonan
Ubah Bilik Darjah Jadi Dunia Luar, Guru Dari Lawas Ini Rangkul Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Puting Beliung Kecil Di Kudat Cetus Kebimbangan Netizen
Next Article Sekolah Antarabangsa Di Kuala Lumpur Adakan Lawatan Ke Kuching Buat Netizen Teruja Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur Ini Buktikan Berbaloi Adakan Lawatan Ke Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?