• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Qatar Airways Hadiahkan 100 RIBU Tiket Percuma Kepada Para Frontliner Di Seluruh Dunia

Oleh
ILB - AI
12 Mei 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
100,000 Tiket Percuma Akan Diberi Oleh Qatar Airways Kepada Para Frontliner Di Seluruh Dunia

Mulai hari ini sehingga 18 Mei, petugas barisan hadapan akan diberi penghargaan

Qatar Airways Hadiahkan 100 RIBU Tiket Percuma Kepada Para Frontliner Di Seluruh Dunia. Sempena Hari Jururawat Antarabangsa 2020 yang jatuh pada 12 Mei, Qatar Airways telah mengumumkan melalui laman web rasmi mereka bahawa para petugas barisan hadapan di seluruh dunia akan diberi tiket penerbangan secara percuma.

Isi Isi Penting
  • Mulai hari ini sehingga 18 Mei, petugas barisan hadapan akan diberi penghargaan
  • Tiket penerbangan pergi dan balik akan diberi secara percuma
  • Sebagai tanda penghargaan kepada para frontliner
  • Apakah yang akan dijangka untuk masa depan penerbangan? Baca artikel selanjutnya:
  • Lihat tawaran terbaharu AirAsia:

Pemberian daripada syarikat penerbangan ini dilakukan sebagai penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang telah mengorbankan masa dan tenaga serta sanggup merisikokan diri mereka untuk memastikan rakyat selamat semenjak krisis virus berlaku beberapa bulan yang lalu.

Qatar Airways Hadiahkan 100 RIBU Tiket Percuma Kepada Para Frontliner Di Seluruh Dunia
Qatar Airways Hadiahkan 100 RIBU Tiket Percuma Kepada Para Frontliner Di Seluruh Dunia. Kredit: Qatar Airways

Tiket penerbangan pergi dan balik akan diberi secara percuma

Sebanyak 100,000 tiket akan diberikan kepada petugas barisan hadapan yang mendaftarkan diri di laman web rasmi Qatar Airways. Menurut pernyataan di laman web tersebut, pekerja bidang kesihatan berhak mendapatkan benefit berikut*:

  • Dua tiket Kelas Ekonomi pulang dan pergi percuma untuk diri sendiri dan teman, agar anda dapat menikmati percutian yang sewajarnya ke destinasi pilihan anda dalam rangkaian Qatar Airways.
  • Dapatkan potongan 35% di cawangan Qatar Duty Free di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha.

Dinyatakan juga ahli Privilege Club syarikat penerbangan tersebut akan diberi Qmiles untuk perlancongan mereka. *Tertakluk kepada terma dan syarat, Sebilangan kecil kod promosi akan diedarkan kepada negara ke negara setiap hari. Sila rujuk kepada profesion perubatan yang layak dan pastikan anda mempunyai ID pekerjaan anda semasa anda dalam perjalanan.

Qatar Airways Hadiahkan 100 RIBU Tiket Percuma Kepada Para Frontliner Di Seluruh Dunia
Mereka yang layak akan dapatkan potongan 30% di cawangan Qatar Duty Free di Lapangan Terbang Antarabangsa Hammad di Doha. Kredit: Tweets by

Sebagai tanda penghargaan kepada para frontliner

Menurut pernyataan yang dinyatakan oleh Ketua Eksekutif Qatar Airways Group, Akbar Al-Bakar dalam laman web rasmi mereka, beliau berkata

“Kami di Qatar Airways sangat berterima kasih dengan komitmen dan kerja keras para petugas kesihatan di seluruh dunia yang telah menjaga pesakit-pesakit pada masa yang sukar ini. Pertunjukan sikap baik, dedikasi dan profesionalisme mereka telah menyelamatkan ratusan ribu nyawa di seluruh dunia.”

Pekerja bidang kesihatan — termasuk doktor, pengamal perubatan, jururawat, Juruteknik Makmal, Penyelidik Klinikal, dan Ahli Farmasi – dari setiap negara di dunia akan layak memenangi sepasang tiket. Namun, untuk memastikan proses permohonan berjalan dengan adil dan telus, setiap negara akan menerima peruntukan tiket setiap hari berdasarkan jumlah populasi keseluruhan.

“Kami telah membina kepercayaan yang kuat dengan penumpang, kerajaan, rakan dagang, dan lapangan terbang sebagai rakan yang boleh dipercayai semasa krisis ini dan kami berhasrat untuk terus melaksanakan misi ini dengan mengiktirafkan usaha luar biasa para pahlawan kita. Krew dan operasi kami tidak pernah pernah berputus asa selama tiga bulan terakhir ini, tak pernah putuskan harapan atau misi untuk membantu mereka yang ingin pulang ke rumah orang yang tersayang dan kami tidak mahupun berputus asa sekarang,” tambah beliau lagi.

Untuk peringatan anda, pendaftaran ini akan berlangsung mulai 12 Mei (1:00AM) sehingga 18 Mei 2020 (pukul 11:59PM) Doha time dan ditawarkan first come, first serve basis. Jadi… siapa cepat, dia dapat!

*Difahamkan laman pendaftaran terbabit di laman web rasmi Qatar Airways kini mengalami jumlah yang sangat banyak di laman web. Sekiranya anda menghadapi masalah loading, sila periksa semula esok.

100,000 Tiket Percuma Akan Diberi Oleh Qatar Airways Kepada Para Frontliner Di Seluruh Dunia. Kredit: USATODAY

Apakah yang akan dijangka untuk masa depan penerbangan? Baca artikel selanjutnya:

Lihat tawaran terbaharu AirAsia:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi ‘Quality Control’ Produk Ganja Di Amerika
Next Article Warga Pendidik Kecewa Pelajar Sengaja ‘Left Group’ Tugasan Semasa PKP

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?