I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi ‘Quality Control’ Produk Ganja Di Amerika
Notification Show More
Latest News
Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
16 Mei 2022
BeFunky collage 2021 05 04T151006.625 Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
16 Mei 2022
Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Popular Di Media Sosial, Rupa-Rupanya Hakken Berasal Dari Miri
16 Mei 2022
tuaran 7 Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
16 Mei 2022
Kafe Tersembunyi Di Santubong Ini Bagi Anda Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah Hidden Cafe Di Santubong Ini Tawar Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah
Hidden Cafe Di Santubong Ini Tawar Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah
16 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi ‘Quality Control’ Produk Ganja Di Amerika

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 13/05/20 3:29 AM
Kongsi
7 Min Bacaan
BeFunky collage73 Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika
Kongsi
Sponsored

Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi ‘Quality Control’ Produk Ganja Di Amerika. Sebut sahaja tentang ganja, pasti anda menyangka bahawa ia adalah bahan terlarang yang sering digunakan oleh segelintir individu untuk memuaskan ketagihan. Malah, masyarakat mempunyai stigma terhadap tanaman ini dan melabelkannya sebagai tanaman yang mengkhayalkan semata-mata. Di Malaysia, sebarang bentuk penanaman atau penggunaan ganja sama ada secara perubatan atau rekreasi adalah dilarang sama sekali.

Bukan itu sahaja, bekerja dalam bidang yang berkaitan ganja ini juga dianggap sesuatu yang ‘rare’ dan mungkin sedikit tabu, terutamanya untuk masyarakat di Malaysia.

Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika
Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika 17

Walau bagaimanapun, gadis yang berasal dari Sabah ini menarik perhatian ramai apabila berjaya menceburi bidang penanaman ganja dan kini bekerja di Amerika Syarikat. Pengalaman tersebut dikongsikan di laman Facebook miliknya. Sehingga kini, kisah tersebut telah mendapat 20K ‘shares’ dan 16K tanda sukaan.

Sponsored

Menurut gadis yang bernama Hannah Fawwazah Nasaruddin, beliau telah bekerja sebagai pengawal mutu dan kualiti ganja atau dalam istilah popular nya, quality control selama setahun.

Beliau berkongsi pengalaman tersebut bagi memberi pengetahuan dan pendedahan positif berkenaan ganja. Jelasnya, sekiranya ganja dapat diselia dengan baik serta dikawal dengan ketat dan sistematik, peluang untuk ia disalah guna adalah sangat tipis.

Sponsored
Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika
Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika 18

Tak Semua Negeri Di Amerika Mengiktiraf Ganja

Menurut Hannah, ganja adalah bahan yang masih diisytiharkan haram di peringkat kerajaan pusat Amerika Syarikat. Tidak semua negeri di negara Uncle Sam yang membenarkan penggunaan ganja sama ada secara perubatan, rekreasi mahu pun kedua-duanya. California dan Nevada adalah negeri yang membenarkan penggunaan ganja secara rekreasi dan perubatan. Industri ganja juga dikawal ketat, sehinggakan bahan tersebut tidak boleh dibawa merentas negeri. Bahkan, penggunaannya juga terhad di rumah masing-masing dan bukannya di tempat awam.

96026011 2849114398540987 5356868526525120512 o Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika
Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika 19

Bagi negeri yang membenarkannya untuk tujuan perubatan, pengguna perlu mempunyai kad khas jika mahu membeli produk ganja dari doktor. Walau bagaimanapun, hanya individu yang berusia 21 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk ke dispensari iaitu kedai sah menjual ganja.

Sponsored

Latar Belakang Disemak FBI Dan Polis Negeri Sebelum Layak Memohon

Jelas Hannah, beliau perlu melalui semakan latar belakang oleh pihak FBI dan polis negeri sebelum layak memohon kerja di syarikat tersebut. Malahan, cap jari biometrik juga diambil untuk simpanan di peringkat kerajaan persekutuan, negeri dan FBI. Anda tidak akan diterima masuk ke dalam industri ini sekiranya anda mempunyai kesalahan jenayah atau saman walau pun jumlah nya sedikit. Pendek kata, hanya individu yang benar-benar layak dan bersih sahaja boleh mengendalikan sistem pengesanan benih ganja dari peringkat benih sehinggalah produk akhir.

Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika
Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika 20

Pekerja yang layak pula akan diberikan ID unik ejen mengikut kategori. Untuk pengetahuan anda, ID ini tidak boleh ditukar milik. Sistem ini dinamakan Metrc. Setiap pekerja yang mempunyai akses boleh dikesan melalui sistem ini. Seperti Hannah, beliau mempunyai 2 ID unik memandangkan beliau bekerja di bangunan penanaman (cultivation) yang turut menyelia semua pokok dari benih hinggalah ke produk akhir.

96118007 2849114241874336 7209677552133079040 o Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika
Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi ‘Quality Control’ Produk Ganja Di Amerika

Disebabkan kawalan ketat, sampah ganja seperti daun dan bunga yang tidak sempurna tidak dibenarkan dibawa pulang dan mesti dibuang di dalam tong sampah berisi peluntur dan pasir agar ia tidak dapat digunakan langsung.

Sponsored
Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika
Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika 21

Seludup Keluar Ganja Adalah Mustahil

Industri ganja ini terbukti dikawal dengan ketat apabila para pekerja sama sekali tidak dibenarkan menyeludup keluar mahupun menggunakan ganja di dalam bangunan. Bukan itu sahaja, pokok ganja juga mempunyai tag nombor unik untuk tujuan pengesanan sistem Metrc. Walau pun berada di ‘syurga’ ganja, para pekerja tidak dibenarkan sama sekali menyeludup apatah lagi menggunakan bahan tersebut di dalam bangunan. Ini kerana setiap gerak geri mereka diperhatikan dalam sistem dan kamera di segenap penjuru bangunan.

Hannah juga menjelaskan bahawa pengangkutan produk ke dispensari juga memerlukan ‘transporter’ khas. Para pemandu juga perlu mempunyai ejen ID unik. Yang pastinya, mereka ini bukan pemandu biasa-biasa. Malah, van juga mempunyai tag unik agar ia dapat dikesan dalam sistem.

Sponsored
96103230 2849113898541037 736633427234652160 o Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika
Sistem yang digunakan dalam industri ganja AS, Metrc.

Kualiti Ganja ‘Indoor’ Sangat Padu Berbanding Ganja Pasaran Gelap

Ganja ini perlu melalui ujian makmal bagi memastikan ia selamat digunakan oleh pengguna. Hannah juga merupakan individu yang bertanggungjawab memastikan produk tersebut diperiksa oleh makmal. Ganja yang dihasilkan di syarikat ganja ditanam secara ‘indoor’ dan tidak menggunakan racun rumpai. Bahkan, ia dibaja menggunakan baja organik seperti tebu. Inilah membezakan kualiti ganja yang padu berbanding ganja pasaran gelap yang kadang kala berkulat dan beracun.

96233053 2849114141874346 4110723408138862592 o Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika
Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika 22
Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika
Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika 23

Hannah juga menunjukkan bentuk nug atau bud ganja secara dekat melalui foto yang dimuat naik nya. Menurutnya juga, bentuk nug ini kebiasaannya untuk dihisap atau diperah menggunakan mesin hidraulik bagi mendapatkan minyak THC. Minyak inilah yang digunakan dalam pembuatan produk makanan seperti biskut dan wafer.

Sponsored

Ganja juga boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu sativa, indica dan hybrid. Sativa mempunyai kesan sensasi atau ‘uplifting’ manakala indica selalu digunakan sebagai ubat tidur. Hybrid pula mempunyai kesan yang seimbang di antara kedua-dua sativa dan indica.

Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika
Gadis Sabah Ini Kongsi Pengalaman Jadi 'Quality Control' Produk Ganja Di Amerika 24

Hannah yang pernah mengalami masalah depresi beralih daripada penggunaan ubatan kepada penggunaan ganja. Namun kini, beliau mengakui sudah tidak perlu mengambil apa-apa ubatan termasuklah ganja.

Biarpun bekerja dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun minat beliau yang mendalam dalam dunia sains telah membuka peluang Hannah untuk meneroka manfaat herba unik ini. Dengan mengambil contoh regulasi ketat seperti di Amerika, beliau juga berharap agar industri ganja diperakukan di Malaysia pada masa akan datang

Sponsored

Baca juga artikel lain yang menarik :

Sponsored
Nur Afifah 12 Mei 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beg Kabin Mungkin Tidak Dibenarkan, Ini Ramalan Prosedur Penerbangan Masa Akan Datang Beg Kabin Mungkin Tidak Dibenarkan, Ini Ramalan Prosedur Penerbangan Masa Akan Datang
Next Article 100,000 Tiket Percuma Akan Diberi Oleh Qatar Airways Kepada Para Frontliner Di Seluruh Dunia Qatar Airways Hadiahkan 100 RIBU Tiket Percuma Kepada Para Frontliner Di Seluruh Dunia

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
Cerita Borneo

Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang

16 Mei 2022
BeFunky collage 2021 05 04T151006.625 Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
Cerita Borneo

Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun

16 Mei 2022
Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Cerita Borneo

Popular Di Media Sosial, Rupa-Rupanya Hakken Berasal Dari Miri

16 Mei 2022
Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat
Cerita Borneo

Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat

15 Mei 2022

Ikuti Kami Di Media Sosial

Terus berhubung dengan kami melalui media sosial

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?