• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rakaman Dashcam Tular, Pemandu Langgar Kereta Polis Dan Motosikal Di Lampu Isyarat Bintulu

Oleh
Farisha
29 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tak cukup langgar kereta polis, rider tak bersalah pun jadi mangsa di Bintulu

Rakaman Dashcam Tular, Pemandu Langgar Kereta Polis Dan Motosikal Di Lampu Isyarat Bintulu. Satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial baru-baru ini telah menyaksikan kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan, termasuk sebuah kereta peronda polis. Insiden ini dikatakan berlaku di persimpangan lampu isyarat empat penjuru di Bintulu, Sarawak.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, kelihatan sebuah kereta berwarna putih yang sedang memandu dengan laju, dipercayai bagi mengejar lampu hijau. Namun, tindakan itu telah mengakibatkan kemalangan apabila pemandu tersebut merempuh bahagian belakang sebuah kereta peronda polis yang sedang dipandu dengan perlahan, dan dipercayai membuka siren pada masa lampu merah.

Rakaman Dashcam Tular, Pemandu Langgar Kereta Polis Dan Motosikal Di Lampu Isyarat Bintulu
Rakaman Dashcam Tular, Pemandu Langgar Kereta Polis Dan Motosikal Di Lampu Isyarat Bintulu

Pelanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua kereta tidak dapat dikawal, dan kereta berwarna putih yang dipandu dengan laju itu telah terbabas sehingga memasuki arah yang berlawanan.

Kereta itu juga turut melanggar sebuah motosikal yang sedang berhenti sambil menunggu lampu isyarat, sehingga menyebabkan penunggang motosikal tersebut terjatuh ke atas jalan raya.

Menurut perkembangan terkini, penunggang motosikal itu telah disahkan selamat, walaupun dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian ini.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kemalangan Di Lebuhraya Samarahan-Kuching, Pemandu Agresif Ditahan Selepas Acukan Pisau Kepada Polis
Kecuaian Pemandu Ketika Memotong, 4 Beranak Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Keningau

SUMBER :Facebook Majoriti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Premier Tolak Cadangan Tun M, Sarawak Perlu Fokus Kepada Rakyat Sendiri
Next Article Sri Aman Jadi Lokasi Pertama Di Sarawak Guna Lampu Isyarat Pintar STILE Sri Aman Jadi Lokasi Pertama Di Sarawak Guna Lampu Isyarat Pintar STILE

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?