• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Premier Tolak Cadangan Tun M, Sarawak Perlu Fokus Kepada Rakyat Sendiri

Oleh
Farisha
29 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Bantah saranan Tun M, Sarawak masih perlu tingkatkan pendapatan isi rumah rakyat

Premier Tolak Cadangan Tun M, Sarawak Perlu Fokus Kepada Rakyat Sendiri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah melahirkan rasa kecewa terhadap cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan Sarawak perlu membantu negeri-negeri miskin di Malaysia memandangkan Sarawak kini telah mencapai status negeri berpendapatan tinggi.

Abang Johari menegaskan bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat Sarawak.

Premier Tolak Cadangan Tun M, Sarawak Perlu Fokus Kepada Rakyat Sendiri

“Sarawak maju kerana kami menguruskan ekonomi dengan baik – itulah sebabnya kami menjadi negeri berpendapatan tinggi,” katanya, menurut laporan media tempatan.

“Bagi negeri-negeri lain, itu terpulang kepada mereka. Mereka perlu bekerja keras. Kami tidak boleh sewenang-wenangnya membantu mereka – negeri kami memang berpendapatan tinggi tetapi isi rumah Sarawak masih belum mencapai tahap pendapatan tinggi; itulah sebabnya saya membangunkan kawasan luar bandar,” jelasnya lagi.

Beliau menekankan bahawa ia adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk membantu membangunkan negeri-negeri miskin di negara ini.

“Kami hanya sebuah negeri, bukan kerajaan persekutuan. Mahu membantu negeri-negeri miskin? Itu bidang kuasa kerajaan persekutuan,” tambahnya.

Sarawak fokus tingkatkan taraf hidup rakyat

Abang Johari berkata Dr Mahathir perlu membandingkan saiz Sarawak dengan negeri-negeri lain, terutamanya Kedah yang jauh lebih kecil. Beliau mengulangi bahawa masih banyak yang perlu dilakukan untuk Sarawak meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

Untuk makluman, Dr Mahathir berkata Sarawak sepatutnya membantu negeri-negeri yang kurang membangun memandangkan Sarawak telah mencapai status berpendapatan tinggi.

“Sarawak telah menjana banyak wang. Bajetnya RM11 bilion – sangat tinggi berbanding Kedah yang bajetnya hanya RM700 juta.

“Kita mesti ingat bahawa Malaysia adalah sebuah persekutuan. Negeri-negeri yang lebih kaya mesti berkongsi kekayaan mereka dengan negeri-negeri yang lebih miskin,” ujar Dr Mahathir, dalam temu bual dengan Free Malaysia Today yang diterbitkan semalam.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tun M Cadang Sarawak Beri Bantuan Kepada Negeri Lain Kerana Diiktiraf Pendapatan Tinggi
Batu Kawa Akan Dibangun Sebagai Bandar Satelit – Premier Sarawak
SUMBER :The Borneo post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Batik Air Lancar Laluan Baru KL-Bintulu Dan KL-Miri
Next Article Rakaman Dashcam Tular, Pemandu Langgar Kereta Polis Dan Motosikal Di Lampu Isyarat Bintulu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?