• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Video Dashcam Kenari Rempuh Axia Di Lampu Isyarat Wisma Naim Cuit Hati Netizen

Oleh
ILB - AI
18 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kenari merempuh Axia dan terakam oleh dashcam

Video Dashcam Kenari Rempuh Axia Di Lampu Isyarat Wisma Naim Cuit Hati Netizen. Kita waktu nak ambik lesen dengan pihak JPJ dulu bukan main hafal segala peraturan, praktikal gear segala bagai. Dah dapat lesen, boleh dikatakan yang kita hafal dulu memang syarat buat lulus sahaja. Entah apa yang sebenarnya terjadi dengan pemandu kali ini.

Satu kemalangan telah berlaku apabila sebuah kereta Kenari yang secara tiba-tiba telah merempuh bahagian belakang kereta Axia ketika berhenti di lampu isyarat Wisma Naim di Kuching. Kejadian ini telah terakam oleh sebuah dashcam kenderaan yang berhenti di lampu isyarat yang sama. Pemandu Kenari tersebut boleh digambarkan secara kasarnya seperti pemandu yang gelabah dengan tindakannya sendiri.

Video Dashcam Kenari Rempuh Axia Di Lampu Isyarat Wisma Naim Cuit Hati Netizen
Video Dashcam Kenari Rempuh Axia Di Lampu Isyarat Wisma Naim Cuit Hati Netizen. Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Berundur dan terus meluncur laju ke hadapan

Berdasarkan pemerhatian melalui rakaman video tersebut, Kenari tersebut pada mulanya seperti berundur sedikit. Namun, entah mengapa secara tiba-tiba Kenari tersebut meluncur laju ke hadapan sehingga merempuh kenderaan di hadapannya.

Selepas Kenari tersebut merempuh dengan laju, pemandu Kenari sempat membelok ke bahagian kiri sebelum berhenti. Mungkin pemandu Kenari itu juga dalam keadaan terkejut dan ingin menyelesaikan permasalahan yang berpunca dirinya sendiri.

Video Dashcam Kenari Rempuh Axia Di Lampu Isyarat Wisma Naim Cuit Hati Netizen
Video Dashcam Kenari Rempuh Axia Di Lampu Isyarat Wisma Naim Cuit Hati Netizen. Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Komen netizen sungguh menghiburkan

Rakaman video dashcam ini telah dikongsi oleh Facebok Sarawak Roads Update dan telah membuat banyak netizen merespon. Para netizen tidak menunggu lama untuk memberikan respon masing-masing yang menghiburkan dibahagian ruangan komen dimana mereka mengatakan kemungkinan pemandu Kenari tersebut tersalah pedal. Nak pijak pedal brek tapi terpijak pedal minyak.

Malah yang lagi menghiburkan, netizen mengesyaki pemandu Kenari tersebut mesti wanita. Kalau wanita pasti tidak pernah salah. Ini semua salah kereta, salah tayar tiada bunga, salah brek tidak makan, mana mungkin salah wanita. Ada-ada sahaja netizen ini.

Video Dashcam Kenari Rempuh Axia Di Lampu Isyarat Wisma Naim Cuit Hati Netizen
Video Dashcam Kenari Rempuh Axia Di Lampu Isyarat Wisma Naim Cuit Hati Netizen. Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Kejadian seperti ini adakalanya tidak pernah diduga punca dan akibatnya. Cukup spontan. Oleh itu, ambil langkah berjaga-jaga dengan berhenti sepenuhnya apabila berada di lampu isyarat.

Boleh baca artikel berikutnya tentang kemalangan-kemalangan yang pernah terjadi di lampu isyarat juga:

Lagak Gangster Atas Jalan, Pemandu Perodua Axia Langgar Lari Penunggang Motosikal Di Gita
Langgar Lampu Merah, Proton Saga Rempuh Motosikal Sempat Dirakam Netizen Di Batu 7
SUMBER :FB Sarawak Roads Update
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rasa Berada Di Singapura, Lelaki Ini Kagum Dengan Kebersihan Bandar Kuching Rasa Berada Di Singapura, Lelaki Ini Kagum Dengan Kebersihan Bandar Kuching
Next Article Sarawak Mendominasi Boling Perseorangan Wanita Pada SUKMA 2022 Sarawak Mendominasi Boling Perseorangan Wanita Pada SUKMA 2022

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?