• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Video Dashcam Netizen Jadi Bukti Kemalangan Lori Seret Proton Saga Di Bintulu

Oleh
ILB - AI
3 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Lori VS Proton Saga Merah, siapa yang salah dan menjadi punca?

Video Dashcam Netizen Jadi Bukti Kemalangan Lori Seret Proton Saga Di Bintulu. Kalau kita lihat dari sisi saiz kereta dan lori serta tanpa mengamati video yang terakam oleh dashcam, pasti kita akan salahkan lori. Manakan tidak, lori tersebut mengheret kereta seperti tiada hentinya.

Kes kemalangan lori mengheret kereta ini telah berlaku di hadapan Kolej Vokasional, Kidurong, Bintulu semalam. Kemalangan yang berlaku melibatkan sebuah lori dan sebuah Proton Saga Merah ini telah tular di media sosial kerana rakaman kejadian dirakam oleh beberapa buah dashcam pengguna jalanraya yang lain.

Video Dashcam Netizen Jadi Bukti Kemalangan Lori Seret Proton Saga Di Bintulu
Video Dashcam Netizen Jadi Bukti Kemalangan Lori Seret Proton Saga Di Bintulu. Sumber gambar: FB Francis ngu hown hua page

Rakaman dashcam bukti sikap cuai, Proton Saga bertukar laluan.

Kemalangan yang terjadi tersebut boleh dikatakan berpunca daripada kesalahan pemandu Proton Saga. Hal ini diyakinkan dengan rakaman dashcam daripada beberapa kenderaan pengguna jalanraya yang lain yang berada di tempat kejadian. Terdapat 3 rakaman video yang telah dikongsi oleh sebuah akaun Facebook iaitu Francis ngu hown hua page. dan ketiga-tiga rakaman adalah daripada pengguna jalanraya yang berbeza dan dari sudut yang berbeza.

Video Dashcam Netizen Jadi Bukti Kemalangan Lori Seret Proton Saga Di Bintulu
Sumber gambar: FB Francis ngu hown hua page

Melalui rakaman ini, jelas kelihatan bahawa kemalangan tersebut berpunca daripada sikap kecuaian pemandu Proton Saga tersebut kerana pemandu tersebut sedang berada di laluan yang tidak dibenarkan untuk membelok. Kemalangan bermula apabila Proton Saga tersebut berada di laluan kiri dan terus membelok ke kanan selepas lampu isyarat bertulkar hijua. Namun, atas sikap cuainya dan ketidaksabarannya maka lori di laluan yang betul tidak dapat mengelak dengan segera lalu mengheret Proton Saga tersebut.

https://www.facebook.com/100057078505351/videos/1305359149998582/
Sumber video: FB Francis ngu hown hua page

https://www.facebook.com/100057078505351/videos/632858574847462/
Sumber video: FB Francis ngu hown hua page

Lambat berhenti dan titik buta.

Apabila melihat rakaman video daripada dashcam, kita boleh amati bahawa lori yang terlibat seakan sukar untuk berhenti sehingga terheretnya Proton Saga. Hal ini adalah kerana sebuah lori mengambil masa yang cukup lama untuk berhenti berbanding kenderaan yang lain. Bahkan, kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan bertukar laluan ini banyak melibatkan titik buta sebuah lori. Padahal hal in dapat dielakkan.

Video Dashcam Netizen Jadi Bukti Kemalangan Lori Seret Proton Saga Di Bintulu
Sumber gambar: FB Francis ngu hown hua page

Kadang-kadang, kita sudah berjaga sehabis baik tetapi pemandu lain pulak yang bermasalah. Apabila kita berada diatas jalanraya, sikap tidak mementingkan diri sendiri itu amatlah penting kerana bukan sahaja kita menjaga nyawa kita sendiri, malah pemandu yang lain juga. Bahkan, sekarang seeloknya setiap kenderaan memiliki sebuah dashcam untuk menjaga kita serta orang disekeliling kita sekiranya diperlukan seperti menjadi bahan bukti.

Berikut adalah artikel yang berkaitan dengan kemalangan jalanraya yang berlaku sepanjang tahun ini:

Kereta Rempuh 2 Motorsikal Sehingga Penunggang Melayang, Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Kuching

Pemandu Kancil Tersepit, Punca Kemalangan Disyaki Bawa Laju Di Kawasan Selekoh Jalan Stakan
SUMBER :FB Francis ngu how hua page
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Disangka Asal Semenanjung, Pensyarah Tersentuh Dengar Kisah Hidup Jururawat ‘Iban’ Ini
Next Article 80 Artis Tatu Dari Seluruh Negara Bakal Meriahkan Kuching Tatoo Festival 2022 80 Artis Tatu Dari Seluruh Negara Bakal Meriahkan Kuching Tatoo Festival 2022

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?