• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rakan Dari Sarawak Terbeban, Pemuda Dakwa Bilik Asrama Universiti Di Malaysia Tak Mencukupi

Oleh
ILB - AI
18 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kos sara hidup meningkat punca tidak sambung belajar

Rakan Dari Sarawak Terbeban, Pemuda Dakwa Bilik Asrama Universiti Di Malaysia Tak Mencukupi. Seperti kebanyakkan institusi pengajian tinggi di Malaysia tidak kira awam ataupun swasta pasti menyediakan kemudahan infrastuktur yang lengkap buat para penuntut di universiti.

Sudah tentu, antara kemudahan yang dituntut siswa dan siswi adalah bilik asrama yang lengkap untuk didiami oleh para pelajar khasnya mereka yang memerlukan dan juga yang jauh daripada kampung halaman.

Tular di laman Twitter menerusi satu hantaran oleh pengguna @fazleyff mendakwa salah satu universiti awam di Malaysia ini tidak menyediakan bilik asrama yang mencukupi sehingga menyebabkan pelajar buntu untuk mencari tempat tinggal.

Rakan Dari Sarawak Terbeban, Pemuda Dakwa Bilik Asrama Universiti Di Malaysia Tak Mencukupi
Rakan Dari Sarawak Terbeban, Pemuda Dakwa Bilik Asrama Universiti Di Malaysia Tak Mencukupi. Gambar hiasan.

Kuota tidak mencukupi punca pelajar tiada bilik

Dia juga menyatakan rata-rata penyewa rumah di luar kampus universiti juga tidak membenarkan pelajar untuk menyewa dan pengangkutan awam di kawasan tersebut juga seperti tidak disediakan perkhidmatannya.

Jelasnya lagi, kebanyakkan universiti di Malaysia ini terletak di ceruk-ceruk kawasan pedalaman sehingga menyebabkan tiada rangkaian perkhidmatan awam seperti bas menyebabkan pelajar terpaksa memesan Grab untuk ke kampus.

Masalah betul universiti kat Malaysia ni. Dorm utk student tak cukup. Sewa kat luar, pemilik tak bagi student. Kalau nak duduk jauh sikit, pengangkutan awam lembap atau mmg takde. Dah la gila jauh, terasing dari bandar, susah nak dapat perkhidmatan. Mmg uni nak cekik kita ke?

— surreal putrajayan 🇵🇸 (@fazleyff) September 14, 2022
Kredit: Twitter fazleyff

Katanya universiti kat sini nak lahirkan graduan pintar, berilmu, dan berfikir kritis. Tapi kampus semua letak luar bandar. Jauh dari syarikat, jauh dari perkhidmatan, jauh dari acara & konvensyen utk tambah ilmu.

Lokasi kampus paksa semua beli kenderaan sendiri nak gi lecture.

— surreal putrajayan 🇵🇸 (@fazleyff) September 14, 2022
Kredit: Twitter fazleyff

Malah, dengan peningkatan kos sara hidup sekarang menyebabkan pelajar terbeban dengan kadar harga pengangkutan yang mahal dan tak lupa juga harga sewa rumah yang mahal.

Katanya lagi, rakannya yang datang daripada Sarawak juga menghadapi masalah untuk mencari tempat tinggal kerana pihak universiti tidak menyediakan bilik asrama sewaktu mendaftar ke universiti kelak.

Kawan aku dari Sarawak nak start semester bulan depan kat UiTM Shah Alam. UiTM tak tawarkan bilik di kampus untuk dia. Rumah kat sekitar kampus semua tak nak student. In full panic mode nak cari mana nak duduk, sebab ada kelas yang wajib kena datang.

— surreal putrajayan 🇵🇸 (@fazleyff) September 14, 2022
Kredit: Twitter fazleyff

Lokasi tidak strategik dan tiada pengangkutan awam

Rata-rata ramai netizen yang bersependapat dengan kenyataan pemuda tersebut. Ada yang mengatakan harga sewa mahal yang melampau juga turut membebankan pelajar yang tidak dapat kemudahan bilik asrama.

Bahkan, turut dikecam sistem pengangkutan awam di Malaysia yang sangat teruk sehinggakan tiada kemudahan untuk pelajar ulang-alik dari rumah ke kampus.

Rakan Dari Sarawak Terbeban, Pemuda Dakwa Bilik Asrama Universiti Di Malaysia Tak Mencukupi
Kredit: Twitter fazleyff
Rakan Dari Sarawak Terbeban, Pemuda Dakwa Bilik Asrama Universiti Di Malaysia Tak Mencukupi
Kredit: Twitter fazleyff
Rakan Dari Sarawak Terbeban, Pemuda Dakwa Bilik Asrama Universiti Di Malaysia Tak Mencukupi
Kredit: Twitter fazleyff

Justeru, tanpa kemudahan yang lengkap universiti tersebut bukanlah pilihan pertama buat para penuntut yang ingin menyambung di institusi berkenaan. Lokasi yang strategik juga memainkan peranan untuk memudahkan pelajar mengakses kemudahan yang lebih lengkap dan sempurna.

Benarkah universiti ini adalah sarang maksiat atau sebaliknya, baca di sini:

Dilabel Sarang Maksiat, Individu Luah Realiti Sebenar Kehidupan Di Universiti
“Pelajar Borneo Menangis,” Pelajar Universiti Bengang Perlu Balik Saat Akhir Hanya Untuk Peperiksaan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemain Sape Asli Lagu Keluarga Malaysia Buat Kemunculan Khas Pada Sambutan Hari Malaysia
Next Article Berita Baik Untuk Warga Bintulu, Rotiboy Bakal Dibuka Di The Spring Berita Baik Untuk Warga Bintulu, Rotiboy Bakal Dibuka Di The Spring

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?