Seorang gadis mendedahkan kisah rakan sebilik yang tidak mempunyai ‘common sense’, bahkan pengotor dan bising
Rakan Sebilik Di Universiti Tak Ada Common Sense, Matikan Lampu Masa Orang Lain Nak Study. Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi kisah pahitnya mengenai rakan sebiliknya dikatakan pentingkan diri sendiri dan kurang empati.
Menerusi video yang dimuat naiknya di laman TikTok itu, dia menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada rakan sebilik yang telah lama disimpan itu, menurut laporan.
“Jangan ajar aku tentang sabar apabila aku ada roommate yang macam ni. Mungkin dah terbiasa dengan suasana bising di sekolah asrama sampai terbawa masuk universiti.
“Bila aku nak tidur diaorang boleh borak dan gelak kuat-kuat. Lagi menjadi bila roommate aku bawa kawan dia masuk sekali bilik kami. Lepas tu pasang lagu kuat-kuat ibarat tiada hari esok,” ujarnya di laman TikTok.
Ajak kawan tonton filem dalam bilik mereka
Dia turut menyatakan bahawa kesabarannya benar-benar diuji apabila rakan sebiliknya itu kerap menonton filem bersama kawan-kawannya di dalam bilik mereka.
“Waktu musim peperiksaan, roommate aku ni bawa kawan-kawan dia masuk bilik untuk tengok movie. Lagi geram, aku tengah study dia boleh tutup lampu sebab nak buat aktiviti diaorang tu.
“Kawan roommate tu pernah offer untuk aku tidur di bilik dia sebab takut aku tak selesa mereka tengok movie di bilik ni. Memang tak nak la aku tukar, ini bilik aku.
“Aku pelik kenapa roommate aku tak pergi tengok movie dekat bilik kawan dia je, kenapa harus ke sini juga? Bising, aku tak boleh tidur sebab nak tunggu diaorang habiskan movie.
“Ada kadang tu aku kena tunggu diaorang tidur dulu baru aku boleh tidur,” rungut gadis itu, memetik sumber.
Bukan ganggu ketenteraman sahaja, malah pengotor
Bukan itu sahaja, tidak cukup sekadar mengganggu ketenteraman hidupnya, gadis itu turut mendakwa bahawa rakan sebiliknya juga mempunyai masalah menjaga kebersihan.
“Dah la makanan biar sampai bersemut kadang tu. Penat rasa. Orang buat kita, kita doa je la untuk dia.
“Aku doa kifarah untuk mereka supaya mereka boleh faham rmacam mana untuk hidup dengan orang yang tak ada common sense.
“Pada diri sendiri, tabah okay, walaupun hati ni dah mati tapi sikit je lagi, enam hari lagi nak habis diploma,” kata gadis itu mengakhiri perkongsiannya
