• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Rakyat Berjiwa Raja’, Video Tular Remaja Syok Lambai Peminat Tengku Hassanal Ini Buat Netizen Terhibur

Oleh
Husna Hazmi
14 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Berangan itukan percuma.

‘Rakyat Berjiwa Raja’, Video Tular Remaja Syok Lambai Peminat Tengku Hassanal Ini Buat Netizen Terhibur. Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial di mana seorang remaja lelaki telah menceriakan hari ramai dengan gelagat kelakarnya.

Baru sahaja melabuhkan tirainya semalam, Kembara Kenali Borneo yang merupakan program kembara sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang diketuai sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah dan turut menyertainya adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda baginda berdua.

'Rakyat Berjiwa Raja', Video Tular Remaja Syok Lambai Peminat Tengku Hassanal Ini Buat Netizen Terhibur
‘Rakyat Berjiwa Raja’, Video Tular Remaja Syok Lambai Peminat Tengku Hassanal Ini Buat Netizen Terhibur. Gambar tangkap layar dari TikTok @fayyfarr
'Rakyat Berjiwa Raja', Video Tular Remaja Syok Lambai Peminat Tengku Hassanal Ini Buat Netizen Terhibur
Gambar tangkap layar dari TikTok @fayyfarr

Kembara Kenali Borneo di Sarawak meriah

Di Sarawak, konvoi Kembara Kenali Borneo ini turut disertai oleh anakanda Agong iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah,  Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdullah telah meraih perhatian ramai rakyat di Bumi Kenyalang ini.

Bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak program ini mengambil bermula pada 3 September dan berakhir pada 13 September ini memberi peluang rakyat Sabah dan Sarawak untuk beramah mesra serta mengenali lebih lanjut lagi kerabat diraja di samping memperoleh kenangan terindah untuk diingati selamanya.

'Rakyat Berjiwa Raja', Video Tular Remaja Syok Lambai Peminat Tengku Hassanal Ini Buat Netizen Terhibur
Gambar tangkap layar dari TikTok @fayyfarr
'Rakyat Berjiwa Raja', Video Tular Remaja Syok Lambai Peminat Tengku Hassanal Ini Buat Netizen Terhibur
Gambar tangkap layar dari TikTok @fayyfarr

Tular di TikTok di mana seorang remaja syok melambai peminat Tengku Hassanal

Semalam, tular sebuah hantaran di TikTok dengan lebih dari 500K tontonan (setakat artikel ini ditulis) di mana seorang remaja dilihat syok melambai peminat Tengku Hassanal yang menunggu di luar kedai serbaneka di Sarawak.

Entah bagaimana boleh terlepas masuk ke dalam kedai serbaneka yang disinggah oleh Tengku Hassanal masih menjadi tanda tanya tetapi, gelagat remaja lelaki tersebut turut sertai rakam dan melambai rakyat dengan penuh rasa semangat telah membuat netizen terhibur.

‘Baju merah punya excited lain macam”, -Video TikTok @fayyfarr.

Remaja lelaki tersebut siap melompat keriangan melambai peminat Tengku Hassanal! Walaubagaimanapun, detik bahagia remaja lelaki berkenaan berakhir setelah dirinya terkantoi dan diminta menunggu di luar pula.

Di ruangan komen, netizen rata-ratanya terhibur melihat gelagat remaja tersebut. Baca komen di sini:

'Rakyat Berjiwa Raja', Video Tular Remaja Syok Lambai Peminat Tengku Hassanal Ini Buat Netizen Terhibur
Gambar tangkap layar dari TikTok @fayyfarr
@fayyfarr

Comel Tengku Hassanal🥰🫶Baju merah punya excited len macam😅sebagai kenangan🫰❤️ #tengkumahkotapahang #tengkuhassanal #tengkuhassanalibrahimshah #kembarajelajahborneo #ululayarbetong #fypシ

♬ LOCO SAY YES PUNCH – ・❥・

Lagi cerita menarik mengenai Kembara Kenali Borneo untuk anda di sini:

‘Dia Masih Bujang’, Gelagat Agong Usik Tengku Hassanal Ini Buat Ramai Orang Sarawak Teruja
Selepas Tengku Hassanal, Kini Tengku Ahmad Pula Berjaya Pikat Hati Orang Sarawak
SUMBER :TikTok @fayyfarr
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja Lelaki Diliwat, Dikurung Selepas ‘Diumpan’ Bantuan Cari Kerja
Next Article ‘Oh Kamu Orang Sabah, Kami Orang Malaysia’, Jawapan Makcik Ini Buat Netizen Bingung

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?