• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Oh Kamu Orang Sabah, Kami Orang Malaysia’, Jawapan Makcik Ini Buat Netizen Bingung

Oleh
ILB - AI
14 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Tular di media sosial, seorang makcik mengatakan dirinya dari Malaysia semasa bercuti di Sabah

Oh Kamu Orang Sabah, Kami Orang Malaysia, Jawapan Makcik Ini Buat Netizen Bingung. Satu hantaran tular baru-baru ini mengenai seorang makcik yang mengatakan dirinya orang Malaysia semasa bercuti di Sabah, seolah-olah Sabah bukan terletak di dalam Malaysia.

Menurut perkongsian individu menerusi laman Facebook ‘My Sabah’, dia menceritakan tentang pertemuannya dengan makcik itu di dalam kapal terbang yang menuju ke Kuala Lumpur.

“Dalam flight tadi ada satu kumpulan family India 10 orang mahu balik semenanjung, agaknya baru habis bercuti di Sabah.

Oh Kamu Orang Sabah, Kami Orang Malaysia, Jawapan Makcik Ini Buat Netizen Bingung
Sumber: facebook

Dalam pada itu, makcik tersebut bertanya kepada individu itu, adakah dia berasal dari Sabah atau hanya sekadar pergi untuk bercuti. Individu itu menjawab dirinya memang berasal dari Sabah dan tinggal di Tuaran.

“Oh orang Sabah, kami orang Malaysia. Sekarang orang Malaysia bercuti di Sabah, orang Sabah pula bercuti di Malaysia,” kata makcik itu kepada individu tersebut.

Bukan itu sahaja, individu itu turut mengatakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga berada di Sabah minggu ini, namun jawapan makcik semakin membingungkan apabila dia menyatakan bahawa “Ya Agong kami ada datang Sabah”.

“Lepas tu saya terus ambil luggage dan pergi Eraman beli roti bun dan gardenia sampai penuh beg,” ujarnya yang berlalu pergi tanpa memberi penjelasan kepada makcik itu.

Netizen bingung dengan jawapan makcik tersebut

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata bingung dengan jawapan makcik tersebut kerana Sabah memang di dalam Malaysia.

Malah, ada yang menyatakan bahawa sudah tahun 2023, masih ada yang kurang pengetahuan tentang perkara ini dan tidak tahu berapa negeri di dalam Malaysia.

Oh Kamu Orang Sabah, Kami Orang Malaysia, Jawapan Makcik Ini Buat Netizen Bingung
Gambar hiasan. Sumber: money

Segelintir turut meminta individu itu menjelaskan maklumat yang betul kepada makcik tersebut agar dia tahu Sabah juga terletak dalam Malaysia. Bahkan, ada juga yang rindu bercuti di Sabah, serta teringin mahu tinggal atau berkerja di Sabah.

Ramai memuji Sabah, best untuk pergi bercuti

“Saya memang kagum dengan adat resam dan budaya kaum Sabah dan Sarawak. Selamat menyambut hari Malaysia,” ujar salah seorang pengguna Facebook yang turut memuji Sabah.

“Best tempat-tempat di Sabah, banyak tempat yang boleh pergi melawat, ada rezeki nak pergi lagi. Selamat hari Malaysia untuk kita semua,” kata seorang lagi netizen di Facebook.

Baca juga artikel yang berkaitan tempat menarik di Sabah:

6 Tempat Matahari Terbenam, Sambil ‘Healing’ Di Sabah
https://www.iloveborneo.my/dalam-malaysia-sahaja-8-tempat-di-sabah-ini-seakan-akan-di-luar-negara/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Rakyat Berjiwa Raja’, Video Tular Remaja Syok Lambai Peminat Tengku Hassanal Ini Buat Netizen Terhibur
Next Article 2 Tahun Menyamar Jadi Doktor, Penipuan Lelaki Lepasan Sekolah Menengah Ini Akhirnya Terkantoi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?