Rakyat Malaysia makan 15 gram mikroplastik sebulan
Rakyat Malaysia Duduki Tangga Pertama Paling Banyak Makan Mikroplastik Di Dunia. Dilaporkan bahawa menurut satu kajian baharu di Amerika Syarikat mendapati rakyat Malaysia telah makan kira-kira 15 gram mikroplastik sebulan.
Jumlah itu dikatakan adalah yang tertinggi di dunia. Mikroplastik merupakan kepingan halus plastik bersaiz kurang daripada lima milimeter yang hampir-hampir tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini ada di mana-mana sahaja.

Datang daripada sumber seperti makanan laut
Majoriti sumber partikel plastik yang masuk ke dalam sistem pencernaan manusia itu dikatakan datang daripada sumber akuatik seperti makanan laut.
Kajian mengenainya telah disiarkan dalam penerbitan Environmental Science & Technology. Malaysia menduduki tangga pertama diikuti negara jiran iaitu Indonesia di tempat kedua.
Kajian sama mendapati penduduk Indonesia makan sekitar 13 gram mikroplastik sebulan. Mesir pula menduduki tempat ketiga diikuti oleh Filipina Vietnam dan Laos secara turutan bagi melengkapkan lima kedudukan teratas.

Menyedut mikroplastik ketika bernafas
Kajian oleh Universiti Cornell turut menyenaraikan negara yang paling banyak menyedut mikroplastik ketika bernafas.
Oleh itu, kumpulan penyelidik menyatakan bahawa China muncul nombor satu dalam aspek tersebut diikuti oleh Mongolia dan Britain.
Malaysia pula berada di tempat ke sembilan.
