• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Menjadi Trend Kini, Tahukah Anda Oyster Mentah Sebenarnya Undang Risiko Keracunan Makanan

Oleh
Husna Hazmi
18 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Pastikan anda periksa dahulu sebelum makan.

Menjadi Trend Kini, Tahukah Anda Oyster Mentah Sebenarnya Undang Risiko Keracunan Makanan. Kebelakangan ini, trend makan tiram mentah dilihat semakin tular di media sosial sekaligus membuatkan permintaan tiram ini meningkat secara mendadak.

Penuh di fyp, masing-masing ingin mencuba tiram mentah ini dan kebanyakkan yang mencuba ini adalah kali pertama mereka.

Namun, baru-baru ini tular pula kes keracunan makanan gara-gara makan tiram mentah. Perkara ini telah menjadi perbualan hangat di antara netizen di mana mereka sedang mempersoalkan adakah tiram mentah ini selamat di makan?

Menjadi Trend Kini, Tahukah Anda Oyster Mentah Sebenarnya Undang Risiko Keracunan Makanan
Menjadi Trend Kini, Tahukah Anda Oyster Mentah Sebenarnya Undang Risiko Keracunan Makanan

Terdapat bakteria vibrio parahaemolyticus

Pelbagai debat dan hujah yang telah dikeluarkan antaranya, ada yang kata kalau nak makan tiram mentah, pastikan ia segar dan warnanya perlu putih bukannya warna coklat atau kehitam-hitaman.

Dipetik dari Kosmo, tiram mentah ini sebenarnya boleh mengundang risiko keracunan makanan memandangkan ia berasal dari laut di mana terdapat bakteria vibrio parahaemolyticus.

Perkongsian di laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Labuan, bakteria vibrio parahaemolyticus ini termasuk dalam bakteria patogenik yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.

Bakteria ini dikatakan akan lebih bertambah ketika suhu air meningkat (seperti yang kita ketahui, cuaca di Malaysia memang panas sekali) dan ia membiak pada kerang-kerangan moluska termasuklah tiram. Jika tiram ini dimakan mentah atau separuh masak, ia boleh mengakibatkan keracunan makanan.

Menjadi Trend Kini, Tahukah Anda Oyster Mentah Sebenarnya Undang Risiko Keracunan Makanan

Cara penyimpanan tiram amatlah penting

Selain daripada bakteria, cara penyimpanan tiram ini juga amatlah penting kerana ia perlu disimpan dalam suhu yang sejuk selepas penangkapannya. Suhu yang sejuk ini penting bagi mengekalan kesegarannya agar tidak cepat rosak.

Keracunan makanan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh, jika tidak mendapat rawatan awal, ia boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi berpanjangan dan juga kematian.

Antara Simptom keracunan makanan adalah seperti cirit-birit, sakit perut, muntah dan juga demam.

Jadi bagi anda di luar sana yang ingin mencuba sesuatu makanan yang baru, pastikan anda selidik dahulu mengenai makanan tersebut. Sentiasa berhati-hati!

Baca lagi cerita menarik di sini:

Boleh Memabukkan Apabila Dimakan Mentah, Kenali Buah Kepayang Yang Hanya Ditemui Di Asia Tenggara
Tumbuh Secara Semulajadi, Ketahui Sayur Midin Makanan Hak Milik Mutlak Sarawak
SUMBER :Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [Non-Halal] Toowak Cafe Kuching, Nikmati Pelbagai Jenis Makanan Berpanggang Di Sini [NON-HALAL] Toowak Cafe Kuching, Nikmati Pelbagai Jenis Makanan Berpanggang Di Sini
Next Article Tular Murid-Murid Disuruh Tunggu Luar Pagar, Sekolah Rendah Di Kuching Ini Jadi Bualan Netizen Tular Murid-Murid Disuruh Tunggu Luar Pagar, Sekolah Rendah Di Kuching Ini Jadi Bualan Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?